Khamis, 18 Ogos 2011

SH


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH


» selanjutnya...

Posted: 17 Aug 2011 05:00 PM PDT

Rentung KANGAR - Seorang penuntut perubatan tahun akhir di Allianze University College of Medical Science (ACMS) kampus Kangar di sini, terbunuh selepas kereta Perodua Myvi yang dinaikinya dirempuh dari belakang di Kilometer 7.2 Jalan Kangar-Alor Setar dekat sini, malam kelmarin.

Akibat rempuhan tepat pada bahagian tangki minyak oleh pemandu lain, Lim Tai Eng, 58, yang memandu Toyota Corolla SEG dari belakang kira-kira jam 7.50 malam itu menyebabkan kenderaan mangsa terbakar dan mangsa meninggal dunia.

Mangsa Mohamad Danial Zulkifli, 24, yang dalam perjalanan dari Alor Setar ke Kangar selepas dirempuh gagal keluar akibat kakinya tersepit dalam kenderaan yang sedang terbakar.

Malah, api yang marak itu membakar hampir 100 peratus tubuhnya sehingga gagal dikenal pasti.

Pegawai Turus Trafik Negeri, Asisten Suprintendan Rosli Yahaya berkata, Mohamad Danial terbunuh selepas kemalangan itu manakala Lim Tai Eng terselamat dan hanya patah bahu selepas berjaya meloloskan diri dari kereta Toyota Corolla yang dipandunya.

Menurutnya, disebabkan keadaan mayat yang rentung, identiti Mohamad Danial hanya dapat dikenal pasti melalui lampu suluh pen milik mangsa yang digunakan ketika pembelajaran.

Malah, bapa mangsa yang juga Timbalan Ketua Pengarah di salah sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya turut membuat pengesahan bahawa mangsa adalah Mohamad Danial melalui nombor pendaftaran kenderaan Myvi berkenaan.

Katanya, pengecaman mayat Mohamad Danial dibuat bapa saudara mangsa di bilik mayat Hospital Tuanku Fauziah, di sini.

Lim Tai Eng kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dan kes itu disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Guna pengangkutan awam

Posted: 17 Aug 2011 05:00 PM PDT

Guna pengangkutan awam SUNGAI PETANI - Orang ramai digalakkan menggunakan pengangkutan awam sepanjang musim perayaan ini sebagai langkah mengelakkan kesesakan lalu lintas sekaligus dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Kedah, M Surentharan berkata, langkah itu dilihat wajar memandangkan peratus kemalangan maut melibatkan bas adalah sedikit berbanding kenderaan lain.

Menurutnya, kematian melibatkan bas adalah sebanyak 1.1 peratus sahaja dari keseluruhan jumlah 6,872 kes kemalangan maut di seluruh negara pada 2010.

"Kita galakkan ramai yang menggunakan kemudahan awam ketika perayaan supaya dapat mengelakkan dari berlakunya kemalangan di samping mengurangkan kesesakan apabila bilangan kenderaan bertambah dua kali ganda dari sebelumnya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Aidilfitri di Terminal Bas Ekspres Sungai Petani semalam.

Dalam perkembangan lain, Surentharan juga menasihati pemandu bas ekspres di negeri ini agar mematuhi panduan keselamatan jalan raya yang ditetapkan bagi memastikan penumpang selamat sampai ke destinasi masing-masing.

"Kita tidak mahu penumpang dilihat turun di tempat-tempat lain selain terminal bas seperti di Plaza Tol, tepi lebuh raya dan sebagainya kerana ia boleh mengundang bahaya," katanya.

Beliau berkata, saranan menggunakan kemudahan awam adalah bertepatan berdasarkan kepada rekod prestasi pemandu bas yang baik kerana sering dilakukan pemeriksaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Saya saran supaya orang ramai jangan ada pemikiran kata bas tidak selamat untuk digunakan, sebab sekarang pemandu bas menunjukkan prestasi yang baik, mereka lebih mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh JPJ dan Puspakom Sdn Bhd," katanya.

Katanya, sebanyak 1.2 juta kenderaan berada di jalan raya pada musim perayaan berbanding 800,000 ketika hari biasa.

Golongan belia berumur lingkungan 16 hingga 25 tahun telah mencatatkan bilangan terbesar terlibat dalam kes kemalangan jalan raya di negeri ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved