Jumaat, 26 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Kedah Agro tubuh pasukan kait buah

Posted: 25 Aug 2011 05:00 PM PDT

Kedah Agro tubuh pasukan kait buah ALOR SETAR - Kedah Agro Industries & Marketing membuat beberapa perancangan untuk menangani isu lambakan buah, agar masalah yang membelenggu pemilik kebun tidak akan berulang pada musim depan.

Pengurus Besarnya, Ir Zamri Yusof berkata, pihaknya bercadang menubuhkan pasukan khas yang ditugaskan untuk mengait buah sepanjang musim buah-buahan untuk mengelak buah rosak, sekali gus mengurangkan lambakan buah di pasaran.

"Kita akan tawarkan kontrak ini tahun depan dengan memajak pokok buah dan membawa pasukan ini untuk mengait buah yang masak. Berdasarkan maklumat daripada pekebun, masalah utama mereka ialah kekurangan buruh untuk mengait buah hingga menyebabkan buah rosak," katanya.

Menurutnya, masalah sama turut berlaku di daerah Padang Terap, di mana situasi itu menyebabkan buah yang masak tidak dikait hingga rosak dan luruh ke tanah.

"Masalah utama sekarang ialah buah banyak tetapi tidak ada buruh untuk mengait buah. Saya difahamkan upah mengait buah ialah 20 sen bagi sekilogram, malah ada pekebun tawarkan 30 sen, tetapi masih tiada orang yang mahu melakukan kerja itu," katanya.

Ir Zamri berkata, Kerajaan Negeri hanya membeli lebihan buah yang gagal dijual bagi mengatasi lambakan yang dialami oleh penduduk.

"Kita sudah maklumkan pada pekebun, kita ambil sebahagian bukannya semua. Yang sudah masak kita suruh pekebun jual kepada peraih dan tidak perlu tunggu kita beli. Ada lebih kita ambil supaya tidak berlaku lambakan dan harganya stabil di pasaran," katanya.

Menurutnya, penjelasan ini diharap dapat menyangkal dakwaan kononnya Kerajaan Negeri tidak menunaikan janji apabila didakwa tidak memungut buah rambutan penduduk, seperti yang berlaku di daerah Padang Terap Isnin lalu, di mana lebih 10,000 pemilik dusun menuduh Kerajaan Negeri gagal menunaikan janji memungut hasil tanaman mereka untuk diproses di Pusat Pengumpulan Produk Pertanian di Sungai Petani.

Ir Zamri berkata, sejak Pusat Pengetinan Buah di Sungai Petani mula beroperasi 17 Julai lalu, masalah yang dialami adalah kekurangan buah untuk ditinkan, kerana pusat itu memerlukan bekalan bahan mentah antara 600 kilogram hingga 1 tan sehari.

"Kita hebahkan kepada peraih buah menerusi Jabatan Pertanian untuk membekalkan bekalan kepada pusat ini, pihak kilang telah membuat tawaran kepada penduduk kampung bagi membeli buah rambutan jenis deli, anak sekolah serta gading pada harga 50sen-70 sen/sekilogram, mengikut saiz dan kualiti," katanya.

Setakat ini, katanya, pusat itu telah memproses 15 tan buah rambutan yang dikupas secara manual bagi mengekalkan kualiti produk.

Antara daerah yang menjalin kerjasama dengan pusat ini ialah Pendang, Sik dan Gurun.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebelum ini pernah berkata, penduduk tidak perlu menunggu Kerajaan Negeri untuk membeli buah, sekiranya didatangi peraih yang menawarkan harga lebih tinggi.

Mengulas mengenai operasi di luar musim buah-buahan, Ir Zamri berkata, pihaknya tiada masalah membekalkan produk kerana ianya dibuat secara pusingan antara rambutan, nenas dan ikan keli.

"Kita ada pembeli tetap dan operasi tetap berjalan walaupun bukan pada musim buah. Produk ini akan berada di pasaran selepas Aidilfitri. Kita juga sedang mengadakan rundingan dengan Utara Perak, Kelantan dan Terengganu untuk pasarkan produk ini," katanya.

Menurutnya, pada masa akan datang, pihaknya bercadang meneroka pasaran dengan memproses isi durian berikutan mendapat permintaan.

Kepada pemilik dusun yang ingin bekerjasama dengan Kerajaan Negeri, mereka boleh menghubungi Pengurus Pemasaran Kedah Agro Holdings Berhad, Tarmizi menerusi talian 012-5990486 atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) di hotline Kedah Agro, 013-4945000.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved