Jumaat, 12 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Ranap ditimpa pokok durian

Posted: 11 Aug 2011 05:00 PM PDT

Ranap ditimpa pokok durian KAMPUNG BUDU - "Setiap tahun menjelang Aidilfitri di rumah inilah tempat kami adik-beradik berkumpul meraikan hari raya bersama ibu, namun kejadian ribut dan pokok tumbang yang menghempap rumah pusaka ini seolah-olah meragut kegembiraan sambutan Aidilfitri yang bakal diraikan tidak lama lagi.

Demikian kata penduduk di sini, Ishak Hassan, 43, menceritakan kejadian itu menyebabkan rumah ibunya ranap akibat ditimpa pokok durian setinggi kira-kira bangunan lima tingkat.

Menurutnya, kejadian berlaku lewat petang kelmarin ketika hujan berserta ribut yang membawa angin kencang dan menumbangkan pokok durian di belakang rumah ibunya.

"Ketika kejadian, ibu berada di Kuala Lumpur manakala saya pula tinggal di Kampung Jerkoh, Benta.

"Setelah menerima panggilan telefon dari jiran berdekatan menyatakan kejadian itu, saya bergegas ke rumah ibu untuk melihat keadaan rumah tersebut," katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Bersihkan laluan

Ishak berkata, dalam keadaan hujan lebat, dia bersama beberapa penduduk bergotong royong membersihkan laluan tersebut bagi memudahkan kenderaan memasuki kawasan ini.

"Pokok durian itu tumbang dan menimpa bilik tidur dan ruang tamu rumah ini menyebabkan peralatan seperti katil dan almari pakaian rosak teruk dan tidak boleh digunakan lagi.

"Selain itu, sebahagian dinding rumah turut rosak teruk dan memerlukan kos yang besar untuk dibaik pulih," katanya.

Dugaan Ramadan

Sementara itu, ibu Ishak, Aminah Saidun, 70, berkata ketika kejadian dia tiada di rumah kerana melawat salah seorang anaknya di Kuala Lumpur.

Menurutnya, mereka sekeluarga menganggap bencana itu sebagai dugaan yang diberikan ALLAH SWT sempena Ramadan ini.

"Saya tinggal bersendirian di rumah itu sejak 27 tahun lalu.

"Walaupun sedih kerana tempat berteduh ranap, namun saya bersyukur kerana ketika kejadian saya tidak ada di rumah, jika tidak pasti saya yang menjadi mangsa," katanya kepada Sinar Harian.

Tumpang rumah anak

Aminah berkata, buat sementara waktu ini, dia menumpang di rumah anak sulung yang tinggal berdekatan dengan rumahnya dan mengharapkan ada bantuan membaik pulih rumah terbabit.

"Buat masa ini, saya mengalihkan barangan yang masih diguna pakai seperti alatan elektrik ke rumah anak sulung dan akan menumpang sementara waktu di sini.

"Kami sekeluarga turut ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak yang sudi tampil memberikan bantuan segera seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Lipis," katanya.

Aminah berkata, adalah diharapkan supaya bantuan membaik pulih rumah itu dapat diberikan segera untuk keselesaannya menjalani kehidupan seperti biasa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved