Isnin, 15 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

UPP rampas jeans tiruan

Posted: 14 Aug 2011 05:00 PM PDT

UPP rampas jeans tiruan TUMPAT – Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Kelantan berjaya merampas pelbagai jenis barang seludup bernilai RM609,350 termasuk 7,394 helai seluar jeans tiruan berjenama yang diseludupkan dari negara jiran.

Komander UPP Kelantan, Mazlan Che Hamid berkata, rampasan pertama dalam Operasi Ops Raya dan Letup 01/2011 bermula 9 Ogos lalu, merampas 1,394 helai seluar jeans tiruan ketika pemeriksaan dibuat ke atas 110 bas ekspres dan dua treler menghala ke Kuala Lumpur dan Kuala Terengganu dalam sekatan di Stesen Penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Mentara Gua Musang dan hadapan Balai Polis Bukit Yong, Pasir Puteh.

"Dalam operasi selama tiga hari itu yang berakhir 11 Ogos lalu, UPP turut merampas 14,000 pil kuda bernilai RM280,000, beras seberat 35 tan yang dibawa dengan treler bernilai RM77,000, mercun lima kotak bernilai RM3,400, kain batik bernilai RM3,600 dan 354 helai tudung bernilai RM7080," katanya pada sidang media di Pejabat UPP Pengkalan Kubor, semalam.

Dalam masa sama, seorang lelaki Melayu berumur 30 tahun yang menaiki bas terbabit ditahan untuk siasatan apabila memiliki pil kuda tersebut dan kes ini diserahkan kepada Bahagian Narkotik.

Sementara itu, katanya, dalam rampasan kedua pada 12 Ogos, sepasukan UPP Pengkalan Kubor berjaya menahan sebuah lori jenis Hicom di Kilometer 5, Jalan Gua Musang-Kuala Krai membawa 6,000 helai seluar jeans berjenama.

Katanya, dalam kejadian 2.30 petang, lori terbabit yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur berjaya ditahan dan pemeriksaan lanjut menemui seluar jeans tiruan itu untuk pasaran Aidilfitri.

"Pemandu berumur 45 tahun dan Kelindan 50 tahun ditahan untuk siasatan lanjut dan kes ini diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

"Seluar jeans bernilai RM208,270 melibatkan 7,394 helai bagi kedua-dua kes tersebut dirampas, lori jenis Hicom juga turut dirampas," katanya.

Menurutnya, seramai 31 anggota terdiri daripada UPP Pengkalan Kubor dan UPP Bukit Bunga yang diketuainya sendiri terlibat dalam Operasi Ops Raya dan Letup 01/2011, dan hasil operasi tersebut berjaya merampas pelbagai barang seludup dengan nilai keseluruhannya berjumlah RM609,350.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved