Rabu, 10 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Bonus guru Kafa, kakitangan awam

Posted: 09 Aug 2011 05:00 PM PDT

Bonus guru Kafa, kakitangan awam GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang mengumumkan pemberian sumbangan sebagai bonus sempena sambutan Hari Raya kepada anggota perkhidmatan awam, penyelia serta guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) di pentadbiran Kerajaan Negeri itu.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, mesyuarat Exco yang bersidang semalam memutuskan pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM600 kepada semua anggota perkhidmatan awam negeri serta RM300 untuk penyelia dan guru Kafa.

"Sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan Kerajaan Negeri terhadap sumbangan anggota perkhidmatan awam, penyelia serta guru Kafa di pentadbiran Kerajaan Negeri, kita memutuskan untuk memberi bonus tahun 2011 sebanyak RM600 kepada semua anggota perkhidmatan awam negeri serta RM300 untuk penyelia dan guru Kafa di pentadbiran Kerajaan Negeri.

"Bonus ini diberikan kepada semua pegawai perkhidmatan awam, penyelia dan guru Kafa yang masih berkhidmat sehingga 9 Ogos 2011 dan ia tertakluk kepada syarat bahawa telah berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut pada tahun ini," katanya kepada media semalam.

Menurutnya, pemberian bonus itu dilihat sebagai satu pengiktirafan Kerajaan Negeri terhadap sumbangan yang diberikan oleh pegawai terhadap perkhidmatan yang dipertanggungjawabkan.

"Bonus ini juga dilihat dapat membantu pegawai perkhidmatan awam ini membuat persiapan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut hujung bulan ini. Pemberian bonus ini melibatkan 3,649 menerima RM600 manakala RM300 untuk 12 penyelia serta 1,404 guru Kafa.

"Kerajaan Negeri memperuntukkan kewangan yang dianggarkan berjumlah RM3.3 juta untuk pemberian bonus ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved