Selasa, 16 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Dipukul, diikat sebelum dibunuh

Posted: 15 Aug 2011 05:00 PM PDT

Dipukul, diikat sebelum dibunuh KLANG – Dipukul dengan tukul, dikejar, diikat kaki dan tangan, sebelum ditemui maut berhampiran tokong di Jalan Harper, di sini malam kelmarin.

Begitu nasib seorang pemuda, berusia lingkungan 20-an, yang dipercayai dibunuh sekumpulan lelaki yang bertindak kejam ke atasnya.

Dalam kejadian tersebut, mayat mangsa yang dipercayai warga Thailand itu ditemui orang awam dan melaporkan penemuan itu kepada polis, kira-kira jam 11.30 malam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintenden Mohamad Shukor Sulong berkata, mangsa dipercayai dipukul di tempat lain sebelum melarikan diri berikutan siasatan polis menemui titisan darah di lokasi lain.

"Mangsa dipercayai dipukul dengan objek tumpul seperti tukul dan melarikan diri ke lokasi mayatnya ditemui.

"Tidak berakhir di situ, mangsa sekali lagi dipukul serta diikat kaki dan tangan sebelum ditemui maut berlumuran darah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan bahagian belakang badan.

Mohamad Shukor berkata, pemeriksaan juga tidak menemui sebarang dokumen milik mangsa dan beliau menolak kemungkinan mangsa disamun.

"Motif kejadian masih dalam siasatan tetapi kita tidak menolak kemungkinan berlaku perselisihan faham di antara mereka," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved