Rabu, 17 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Keputusan roboh muktamad

Posted: 16 Aug 2011 05:00 PM PDT

Keputusan roboh muktamad SHAH ALAM - Yayasan Selangor (YS) tetap dengan pendiriaannya sebelum ini merobohkan dua asrama, Asrama Tun Dr Ismail dan Asrama Toh Puan Norashikin walaupun mendapat bantahan dari semua pihak termasuk ibu bapa pelajar berkenaan.

Pengurusnya, Ilham Marzuki berkata, keputusan untuk merobohkan dua asrama tersebut atas tujuan pembangunan.

"Dengan adanya pembangunan itu, kita (Yayasan Selangor) dapat menjana pendapatan untuk diagihkan kepada lebih ramai pelajar yang memerlukan.

"Malah ia akan memberikan lebih banyak manfaat kepada lebih 5,000 pelajar dalam bentuk biasiswa dan bantauan pelajaran yang lain," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ilham berkata, kesesakan lalu lintas, keselamatan pelajar dan keadaan pembangunan setempat menjadi penyebab utama untuk merobohkan asrama berkenaan.

"Kita tidak mahu disebabkan perkara ini, kita terpaksa 'mengorbankan' nyawa mereka ini. Oleh sebab itu kita memutuskan untuk menempatkan pelajar mengikut kesesuaian aliran dan sekolah sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

"Perkara ini juga telah kita bincangkan dengan Jabatan Pelajaran Selangor dan Wilayah Persekutuan," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan bekas alumni asrama berkenaan bahawa prestasi pelajar akan terjejas sekiranya keputusan merobohkan asrama itu diteruskan, Ilham meminta supaya perkara ini tidak perlu dijadikan isu hangat kerana ia bertujuan untuk kebaikan semua pihak.

"Mana-mana sekolah pun sama, tidak kira luar bandar atau bandar kerana prestasi pelajar itu bukan dikira dari sekolah mana mereka belajar. Tindakan mereka (bekas alumni) mencampuri perkara ini akan menyulitkan lagi keadaan.

"Malah, perbincangan kita dengan ibu bapa yang sepatutnya diadakan Ahad lalu terpaksa dibatalkan kerana mereka sengaja menimbulkan kekacauan," katanya.

Kelmarin, bekas alumni asrama berkenaan menerusi jaringan 'Saya Anak Yayasan Selangor' (Says) akan menghantar memorandum kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu perobohan dua asrama tersebut.

Mengulas mengenainya, Ilham berkata, ia hak mereka untuk berbuat demikian dan pihaknya tidak membantah perkara itu.

"Keputusan muktamad sudah dibuat dan terpulang kepada mereka sama ada setuju atau tidak mengenai keputusan itu," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved