Selasa, 16 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Muka melecur, nyaris buta

Posted: 15 Aug 2011 05:00 PM PDT

Muka melecur, nyaris buta

KOTA BHARU - "Ayah sakit, ayah sakit". Itulah tangisan seorang kanak-kanak yang menanggung kesakitan apabila tersedar daripada tidur ketika menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) selepas melecur di muka akibat letupan mercun bola.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang, di Kampung Renek, Jerteh, Terengganu kelmarin, mangsa Al Muhammad Fakrul Aiman Al Muhammad Faizal, 8, yang juga seorang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Besut, Terengganu, lecur di seluruh muka serta luka di tangan kiri selepas mercun bola yang dicucuhnya sendiri itu meletup dan kini dilaporkan stabil.

Bapa mangsa, Al Muhammad Faizal Radzi, 32, berkata, kejadian disedari berlaku apabila isterinya, Yanti Narawi, 30, mendapati anak sulungnya menangis sebaik pulang ke rumahnya.

Katanya, sebaik tiba di rumah, isterinya terkejut apabila mendapati muka anaknya kehitaman dan tangan kirinya luka.

"Saya bergegas pulang selepas menerima panggilan telefon daripada isteri saya dan ketika itu saya berada di sawah yang terletak tidak jauh dari rumah saya.

"Saya difahamkan anak saya keluar dari rumah untuk bermain bersendirian kira-kira 50 meter daripada rumah saya," katanya ketika ditemui di HUSM semalam.

Katanya, sebelum kejadian, isterinya ada memberi duit RM5 untuk membeli kuih dan kemungkinan baki daripada wang tersebut digunakan untuk membeli mercun bola di sebuah kedai berdekatan.

Menurutnya, selepas melihat muka anaknya terbakar, isterinya bergegas membawanya ke klinik berdekatan sebelum dihantar ke Hospital Jertih, Terengganu, untuk mendapatkan rawatan.

Menurutnya, anaknya kemudian dirujuk ke HUSM kira-kira jam 8 malam semalam akibat kecederaan yang serius.

"Saya sentiasa mengingatkan anak-anak supaya tidak bermain mercun kerana menyedari bahayanya, tetapi kejadian yang berlaku semalam adalah di luar jangkaannya. Walaupun anak saya cedera serius di mukanya tetapi saya tetap bersyukur kerana dia masih selamat," katanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved