Sabtu, 6 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Helah tunai solat terawih

Posted: 05 Aug 2011 05:00 PM PDT

Helah tunai solat terawih KOTA BHARU - Hanya kerana ingin mengejar keseronokan dengan melakukan aksi berbahaya ketika menaiki motosikal, lebih 30 remaja di bawah lingkungan usia 18 tahun ditahan dalam operasi 'Mat Rempit' di sekitar kawasan Kemumin, Pengkalan Chepa di sini malam kelmarin.

Dengan menggunakan helah ingin ke surau bagi menunaikan solat terawih, kumpulan remaja ini mengambil peluang yang ada mengajak rakan-rakan sebaya, melakukan aksi terbabit di luar pengetahuan ibu bapa mereka.

Daripada jumlah itu, penonton yang juga merupakan remaja bawah umur yang turut berada di kawasan berkenaan merupakan antara yang ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk tindakan susulan.

Penguasa Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK) Cif Inspektor Mohammad Azmihrul Mokti, berkata, dalam operasi terbabit yang bermula jam 8.30 malam, pihaknya berjaya menahan 27 motosikal dengan 29 saman.

Katanya, saman dikeluarkan di atas pelbagai kesalahan yang dilakukan, antaranya tiada cukai jalan, menunggang tanpa lesen, motosikal diubahsuai dan pelbagai lagi kesalahan lalu lintas.

"Dalam operasi ini yang dijalankan bersama beberapa anggota IPD dan IPK, lapan remaja terlibat dalam perlumbaan haram dan selebihnya menjadi penonton perlumbaan berkenaan.

"Kita mengadakan operasi ini sepanjang Ramadan mengikut laporan dan maklumat awam di sekitar kawasan Kota Bharu," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, operasi pertama yang bermula jam 8.30 malam yang tamat kira-kira jam 11 malam itu disambung sehingga waktu sahur terpulang kepada kawasan yang dikenal pasti sebagai 'port' mat rempit.

"Dalam operasi kedua yang bermula jam 1 sehingga 4.30 pagi di Taman Maju dan Balai Islam Lundang, 12 kenderaan pelbagai jenis dengan pelbagai kesalahan turut ditahan dengan 11 saman dikeluarkan. Satu Kes di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, turut ditahan kerana memandu secara melulu dan berbahaya hingga mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved