Jumaat, 5 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Penduduk hargai jasa MBI

Posted: 04 Aug 2011 05:00 PM PDT

Penduduk hargai jasa MBI IPOH - Penduduk Taman Buntong Jaya boleh menarik nafas lega apabila kerja-kerja pemasangan longkang-longkang besar bagi mengatasi masalah banjir yang melanda sejak dua tahun lalu, sedang dilaksanakan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Wakil penduduk, A.Nadarajah, 49 berkata, sebelum pemasangan longkang-longkang besar itu, kawasan sekitar taman berkenaan sering mengalami masalah banjir sehingga mengakibatkan penduduk berdepan masalah air bertakung dan melimpah ke dalam rumah.

Katanya, selain itu takungan air juga menghanyutkan sampah sarap hingga meninggalkan kesan-kesan kotoran di kawasan rumah penduduk serta di jalan-jalan raya sekitar Pesiaran Buntong Jaya 11, 13, 17, 20, 22, dan 22 di sini.

"Kami telah menyuarakan masalah ini sejak dua tahun lalu. Sejak tempoh berkenaan pihak MBI telah turun padang bagi meninjau sebelum menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan.

"Pada hari ini kerja-kerja itu telah pun selesai. Pemasangan longkang-longkang besar berkenaan juga telah membantu pengaliran air lebih sempurna dari Pesiaran Buntong Jaya 22 hingga Pesiaran Buntong Jaya 6," katanya.

Sehubungan itu, dia yang mewakili penduduk mengucapkan ribuan terima kasih kepada MBI yang telah membantu menyelesaikan masalah banjir ini hasil pemasangan longkang-longkang besar itu.

Sementara itu, Nadarajah berkata, pihaknya turut memohon bantuan daripada pihak MBI untuk menurap jalan-jalan di sekitar taman berkenaan yang tidak pernah berturap.

Katanya, pihaknya juga memohon agar longkang-longkang di kawasan berkenaan dicuci dengan lebih kerap oleh pihak MBI bagi memastikan kawasan berkenaan sentiasa dalam keadaan baik dan yang terjaga kebersihannya.

"Kerjasama daripada semua penduduk di taman ini perlu untuk bekerjasama menjaga kebersihan dengan tidak lagi membuang sampah di merata-rata tempat, khususnya ke dalam longkang bagi membantu mengekalkan kebersihan di kawasan ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved