Selasa, 23 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Mekanik, pelajar maut

Posted: 22 Aug 2011 05:00 PM PDT

Mekanik, pelajar maut MARANG – Seorang mekanik bengkel motosikal dan pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Mansor maut apabila motosikal dinaiki mereka bertembung sebelum waktu berbuka, malam kelmarin.

Mereka yang maut dalam kejadian di Jalan Surau Haji Yaakob ke Titian Baru, Kedai Buluh lebih kurang jam 7 malam itu ialah Mohd Amirulazlan Shafie, 21, dari Kampung Surau Panjang dan Adam Safuan Jaafar, 15, dari Kampung Surau Haji Daud.

Mohd Amirulazlan menaiki Honda EX5 meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala Adam Safuan menunggang Honda C70 tanpa lesen meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Difahamkan, sebelum kejadian, Mohd Amirulazlan dalam perjalanan dari Mak Kemas menuju ke Titian Baru manakala Adam Safuan yang menunggang motosikal dengan laju bersama seorang lagi rakannya datang dari arah bertentangan.

Ketua Polis Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahya berkata, kedua-dua mangsa dikatakan bertembung manakala rakan Adam Safuan yang dipercayai mengekori dari belakang sempat mengelak sebelum terbabas ke kiri jalan.

"Kita percaya kedua-dua mangsa menaiki motosikal dalam keadaan laju dan akibat rempuhan yang kuat itu kedua-duanya mengalami kecederaan parah di kepala dan anggota badan," katanya semalam.

Bagaimanapun, polis masih menyiasat punca kemalangan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai dan mayat mangsa dihantar ke HSNZ sebelum dituntut keluarga untuk pengebumian semalam.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved