Sabtu, 6 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Jumlah mangsa belum pasti

Posted: 05 Aug 2011 05:00 PM PDT

Jumlah mangsa belum pasti KUALA KETIL - Beberapa penduduk tempatan dikhuatiri lemas apabila nekad terjun ke dalam Sungai Kuala Lesong untuk mengelakkan diri mereka ditahan polis dalam satu serbuan judi haram di Kampung Kuala Lesong, kelmarin.

Sehubungan itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat daerah Baling dan Sungai Petani dikerahkan untuk mencari mangsa yang dikatakan hilang selepas terjun ke dalam sungai.

Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, kemungkinan mangsa yang hilang lebih daripada lima orang.

"Saya pun tak tahu jumlah sebenar mangsa yang hilang. Ada yang kata lima, ada yang kata tujuh," katanya.

Menurutnya, mangsa yang hilang dikhuatiri lemas apabila mereka tidak pulang ke rumah.

"Kalau mereka takut dengan polis sekalipun, mereka tentunya akan pulang ke rumah. Tapi, sehingga kini, tiada maklumat langsung mengenai mereka," katanya.

Ketua Polis Daerah kuala Muda Asisten Komisioner Hashim Ali mengesahkan kejadian berkenaan.

"Semalam (kelmarin) serbuan judi haram di buat di Kampung Kuala Lesong. Akibat serbuan itu, beberapa penduduk bertindak terjun ke dalam sungai untuk melepaskan diri.

"Setakat hari ini, polis hanya menerima dua laporan mengenai orang hilang," katanya kepada Sinar Harian.

'Anak saya tak tahu berenang'

WARIS kepada seorang mangsa yang hilang mengatakan anak lelakinya itu tidak tahu berenang.

"Kini, saya hanya mampu berdoa dan menyerahkan kepada pihak yang terbabit untuk mencari anak lelaki saya itu.

"Anak saya mempunyai dua cahaya mata. Saya tak dapat bayangkan keadaan anak-anaknya sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini kepada ayah mereka," katanya.

Menurutnya, dia turut mencuba perubatan tradisional untuk mengetahui mengenai anaknya itu.

"Setakat ini, belum ada perubahan yang berlaku dan pihak bomba belum lagi dapat mengesan mangsa yang hilang. Saya dah berikhtiar, jadi, semuanya bergantung kepada ketentuan Ilahi," katanya.

Menurutnya, dia difahamkan, semasa anaknya terjun ke sungai, terdapat seorang rakan yang ingin membantu ketika anaknya sedang terkapai-kapai.

"Rakannya itu sempat menarik rambut anak saya, tetapi terlepas. Itulah apa yang diceritakan kepada saya," katanya.

Belum dapat maklumat lengkap

KETUA Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Abd Kudus Abd Malek berkata, pihaknya tidak dapat memberikan kenyataan kerana masih belum mendapat maklumat yang lengkap.

"Kita tak tahu, berapa sebenarnya mangsa yang hilang. Jadi, agak sukar bagi kami untuk memberikan sebarang kenyataan mengenai operasi ini.

"Namun begitu, pihak bomba yang turut disertai oleh skuad skuba akan terus mencari. Operasi akan bersambung esok (hari ini) sekiranya bomba masih belum dapat mengesan mangsa yang hilang," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved