Selasa, 23 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Hangus sekelip mata

Posted: 22 Aug 2011 05:00 PM PDT

Hangus sekelip mata Hangus sekelip mata

Empat keluarga tinggal sehelai sepinggang rumah terbakar

BATU DUA – Sebanyak empat keluarga dengan 17 isi rumah tinggal sehelai sepinggang setelah kediaman mereka hangus dalam kejadian kebakaran rumah setinggan, dekat sini, kira-kira jam 10.30 malam kelmarin.

Difahamkan, kebakaran bermula dari rumah pertama di deretan kediaman itu yang tidak berpenghuni dan marak dengan cepat di dua lagi kediaman berhampiran.

Mangsa kejadian, V Gobi, 34, berkata, ketika kejadian, dia bersama enam lagi ahli keluarga sedang menonton televisyen dan terkejut apabila ternampak cahaya terang dari rumah jiran.

Menurutnya, dia menjenguk ke luar dan mendapati api marak dengan cepat di rumah jiran sebelah kanan rumahnya, ketika itu juga terdengar teriakan jiran di bahagian kiri rumah memberitahu mengenai kejadian itu.

"Saya sangat panik ketika itu. Jiran menjerit supaya saya arahkan ahli keluarga selamatkan diri.

"Keadaan berlaku amat pantas, tiada apa mampu diselamatkan melainkan kenderaan sendiri. Segala perabot baru, dokumen penting, alatan senaman dan pakaian semuanya hangus tanpa sempat diselamatkan," katanya.

Gobi yang juga peniaga ayam di Bandar Jerantut berkata, dia mengalami kerugian lebih RM30,000 termasuk pelbagai peralatan untuk pemprosesan ayam, selain RM2,000 modal perniagaan yang turut hangus.

"Kami tinggal sehelai sepinggang dan terpaksa menumpang tinggal di rumah saudara buat seketika," katanya.

Jirannya, K Kannan, 28, berkata, ketika kejadian, dia bersama adiknya tiada di rumah kerana menghadiri majlis kenduri di rumah saudara di Taman Damai.

Menurutnya, dia mengetahui rumahnya terbakar setelah dihubungi rakan, lalu bergegas pulang, namun hampa kerana api sudah marak ke rumah ketiga dan keempat.

"Kejadian berlaku ketika saya tiada di rumah. Saya dan adik tinggal sehelai sepinggang dan semalam terpaksa menumpang tinggal di rumah abang.

"Ini kejadian terburuk pernah saya alami sepanjang 28 tahun menetap di kawasan ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Penyelamat Jerantut, Yahaya Hanafi berkata, satu jentera dengan kekuatan enam anggota bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan.

"Pada 20 minit pertama, kita mengambil langkah memadam dan memastikan api tidak merebak ke kawasan persekitaran. Operasi pemadaman keseluruhan mengambil masa lebih satu jam.

"Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku dengan punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.

Hulur bantuan segera

Kebakaran empat rumah setinggan itu mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Damak, Datuk Lau Lee yang turut melawat ke tempat kejadian malam kelmarin.

Beliau berkata, sumbangan RM1,000 diberikan kepada setiap keluarga mangsa untuk meringankan beban menghadapi musibah itu.

Menurutnya, selain itu, beliau bersama kepimpinan MIC juga kini berusaha mendapatkan lokasi penempatan untuk keluarga mangsa kebakaran supaya mereka boleh berlindung tanpa perlu menumpang.

"Perancangan awal, kesemua mangsa akan ditempatkan di pusat pemindahan di dewan Kuil Batu Satu. Namun atas beberapa perkara tidak dapat dielakkan, kita akan mencari lokasi baru untuk menempatkan mereka.

"Kita bersama MIC juga akan cuba berbincang dengan pemilik estet berdekatan untuk membolehkan mangsa menumpang tinggal sementara di kuarters milik mereka," katanya.

Sementara itu, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD), Siti Zubaidah Aboo Salihu berkata, kesemua mangsa kebakaran menerima bantuan segera berjumlah RM500 setiap keluarga, selain keperluan harian, tikar dan tilam toto.

"PKMD juga akan membuka pusat pemindahan serta menyediakan keperluan makanan harian jika mereka masih tidak mendapat penempatan dan terpaksa tinggal di dewan atau balai raya,"katanya.

Turut hadir menziarahi mangsa kebakaran itu semalam ialah Ketua MIC Bahagian Jerantut, M Vellaithan; Penghulu Mukim, Wan Shamsuri Wan Abdul Jalil dan Ketua Pemuda MIC Bahagian, R Ganesh.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved