Khamis, 11 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

0.7 hektar tanah tambahan

Posted: 10 Aug 2011 05:00 PM PDT

0.7 hektar tanah tambahan KAMPUNG KETAPANG HILIR – Kerunsingan mengenai keluasan tanah perkuburan kampung ini tidak mampu menampung jumlah jenazah dari semasa ke semasa menyebabkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) terpaksa memohon tanah tambahan yang terletak berhampiran tanah perkuburan ini.

Ketua kampung, Abdul Halim Abdul Rahman berkata, pihak Pejabat Daerah dan Tanah sudah memberi perhatian terhadap kebimbangan mengenai keperluan tersebut di mana beberapa perbincangan diadakan bersama pemilik tanah milik persendirian yang terletak bersebelahan tanah perkuburan di sini.

Menurutnya, keperluan terhadap 0.7 hektar tanah tambahan ini adalah satu usaha yang dilakukan sebelum masalah 'kesesakan' berlaku di kawasan tanah perkuburan yang menempatkan penduduk serta orang luar.

"Kawasan kubur di sini sudah menempatkan kira-kira 4,000 jenazah penduduk kampung ini serta dari enam kampung sekitar yang tidak mempunyai tanah perkuburan khusus di kawasan mereka.

"Pertambahan bilangan jenazah dari semasa ke semasa menyebabkan pihak pengurusan kampung perlu mengambil tindakan memastikan kawasan ini terus dapat menerima 'penghuninya'," katanya.

Terdapat lima kampung lain yang turut menjadikan tanah perkuburan di sini sebagai lokasi pengebumian ialah Tanjung Agas, Ketapang Tengah, Kampung Alor Ara, Sekukuh serta Pasir Panjang.

Abdul Halim berkata, ada sebab lain yang mendorong kepada keperluan tanah kubur tambahan di mana kawasan kubur ini turut menempatkan jenazah yang tidak mempunyai waris selain bangsa asing yang menetap di sekitar daerah ini.

"Kini kami sedang menunggu kelulusan tanah tambahan yang masih dalam proses perbincangan dan berharap supaya ia berjaya diperoleh melalui bantuan kerajaan serta keprihatinan pihak terlibat," katanya.

Lokasi istimewa tidak pernah penuh

Abdul Rahman sempat berkongsi pemerhatiannya mengenai keadaan tanah perkuburan kampung ini yang masih tidak pernah penuh walaupun kematian berlaku hampir saban minggu.

Menurutnya, keadaan tersebut menjadikan kawasan tanah perkuburan di sini istimewa dan membuktikan kekuasaan Allah S.W.T yang mengatur segala perjalanan kehidupan.

"Setiap tahun saya akan memerhatikan kawasan ini dan mengikut andaian bersama yang diperoleh melalui pemerhatian ahli JKKK lain, mereka juga bersependapat bahawa tanah perkuburan di sini bakal penuh menjelang akhir tahun.

"Namun begitu, andaian kami sering tersasar apabila mendapati banyak ruang yang boleh digunakan dan masih tidak penuh walau pun banyak jenazah dikebumikan di sini pada setiap tahun.

Menurutnya, secara peribadi keadaan tersebut adalah antara keistimewaan yang dapa:t diperhatikan selama beliau mentadbir kampung ini dan tanah perkuburan di sini dapat terus menerima 'penghuninya' setiap tahun dengan terbuka.

Sementara itu, tanah perkuburan di sini turut menyimpan sejarah tersendiri apabila Mufti kedua negeri Pahang iaitu, Allahyarham Haji Osman Haji Senik turut dikebumikan di sini.

Mereka yang datang menziarahi kubur akan dapat melihat dengan jelas lokasi kubur Allahyarham yang lebih dikenali dengan nama Tuan Haji Montok di tengah-tengah tanah perkuburan ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved