Sabtu, 13 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Jual senjata guna Facebook

Posted: 12 Aug 2011 05:00 PM PDT

Jual senjata guna Facebook KUALA LUMPUR – Setelah hampir dua tahun menikmati hasil jualan senjata palsu melalui Facebook, dua lelaki dan seorang wanita diberkas di sebuah rumah mewah di Park Ville Garden House, Petaling Jaya, kelmarin.

Mereka sebelum ini bergiat aktif melakukan lebih 100 kali jualan senjata tersebut di seluruh negeri dan berkemungkinan ke negara jiran kerana mereka menggunakan Internet sebagai medium perantara.

Suspek juga dikatakan terlalu meminati bidang ketenteraan dan menghiasi rumah sewa itu termasuk bilik dengan cadar berceloreng tentera, gambar dan peralatan lain.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, bagaimanapun, suspek masing-masing bekerja sebagai ahli perniagaan, 35, jurutera, 32 dan kerani, 30, diberkas dalam serbuan kira-kira jam 2.15 petang kelmarin.

Antara senjata tiruan yang dirampas adalah enam pucuk pistol jenis Sig Sauer, Blowback, Glock dan US 9mm, Machine Gun (4), Shot Gun (2), Rifle (1), serta Submachine Gun (1).

Turut ditemui puluhan peluru, teropong, gari, bannet, bekas peluru dan tiga pasang jaket kegunaan pasukan keselamatan.

"Semua barangan yang dirampas itu didapati dibeli melalui perkhidmatan Internet yang berpangkalan di Hong Kong, manakala proses penghantaran ke dalam negara adalah melalui perkhidmatan kurier.

"Bagi mengelakkan barangan ini dikesan, pembeli iaitu suspek membuat pengisytiharan senjata tiruan itu sebagai alat ganti kenderaan atau kompresor semburan cat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, suspek membeli senjata tiruan itu pada kadar harga RM400 dan menjualnya antara RM900 selaras dengan menggunakan Internet dan laman Facebook.

"Kita sudah memperoleh senarai nama pembeli tersebut.

"Saya minta pembeli itu datang ke balai berhampiran menyerahkan senjata tersebut dengan kadar segera dan membantu siasatan," katanya.

Amar Singh berkata, biarpun senjata ini tiruan tetapi ia tetap menjadi kesalahan mengikut Sesyen 36 (1) Akta Senjata Api 160 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih satu tahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-dua sekali.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved