Rabu, 17 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

8 nelayan Vietnam ditahan

Posted: 16 Aug 2011 05:00 PM PDT

8 nelayan Vietnam ditahan PASIR PUTEH - Taktik yang digunakan oleh nelayan Vietnam dengan mewarnakan rumah kemudianya berwarna merah menyerupai bot nelayan tempatan negeri Kelantan berjaya dikesan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ketika sedang menangkap ikan di perairan negara ini.

Ketua Penguatkuasaan Maritim Daerah, Komander Maritim Zainin Abdul Majid berkata, pasukannya yang dianggotai oleh 27 anggota dengan menaiki kapal KM Amanah APMM Daerah Maritim (DM) 10 Tok Bali menuju ke arah bot nelayan itu untuk mengenal pasti dan membuat pemeriksaan pada kira-kira jam 10.55 pagi kelmarin.

"Hasil pemeriksaan kami dapati bot nelayan tersebut tidak mengibarkan Jalur Gemilang dan tidak mempunyai nombor pendaftaran yang dikhususkan untuk nelayan tempatan,'' katanya dalam satu sidang media, di sini, semalam.

Operasi tersebut diketuai oleh Pegawai Memerintah KM Amanah, Leftenan Komander (M) Mohd Khairulanuar Abd Majid@Razali.

Menurutnya, seramai lapan orang awak-awak termasuk tekongnya sekali ditahan selepas mendapati mereka tidak mempunyai lesen dan permit yang sah serta tiada sebarang pengenalan diri.

Zainin berkata, kesemua mereka yang berumur lingkungan 19 hingga 46 tahun itu telah diserahkan kepada Balai Polis Pengkalan Chepa untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata, nilai rampasan tersebut ialah sebanyak RM500,000 dan bot nelayan itu merupakan yang pertama ditahan sepanjang Ramadan ini.

"Mereka semua boleh didakwa di bawah Akta Perikanan 1985 Seksyen 15 (1) (a), dan sepanjang Ramadan ini pihak APMM akan sentiasa meningkatkan kawalan di perairan negara ini.

"Ini kerana pada musim perayaan ramai yang bercuti dan ini akan memberi peluang kepada mereka terutama nelayan asing menceroboh ke perairan negara kita,'' katanya.

Beliau berkata, sebuah kapal dan bot telah ditambah bagi memantapkan lagi operasi di sepanjang musim ini di mana sebelum ini mereka beroperasi dengan menggunakan sebuah kapal dan bot sahaja dengan kekuatan anggota seramai 27 orang setiap kali rondaan diadakan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved