Isnin, 15 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Ribut sebelum berbuka puasa

Posted: 14 Aug 2011 05:00 PM PDT

Ribut sebelum berbuka puasa JENGKA 19 – Lebih lapan kediaman milik peneroka serta kakitangan Felda dekat sini rosak akibat dilanda ribut kira-kira jam 4.30 petang kelmarin ketika umat Islam sedang sibuk menyediakan juadah berbuka.

Salah seorang mangsa, Yaakob Jonet, 68, berkata, ketika kejadian dia, isteri dan lapan ahli keluarga lain berada di dalam rumah sebelum kediaman mereka dilanda ribut kuat berserta hujan.

Menurutnya, dia terdengar tiga kali angin kuat melanda rumahnya di mana kali pertama dan kedua hanya menyebabkan bunyi kuat pada bahagian atap namun pukulan ketiga memusnahkan hampir separuh bahagian atap kediaman mereka.

"Dalam keadaan panik, anak lelaki saya sempat melaungkan azan sebelum bumbung rumah diterbangkan ribut.

"Ahli keluarga yang lain kelam kabut menyelamatkan diri ke bahagian dapur kerana bimbang tercedera akibat terkena serpihan atap," katanya.

Yaakob berkata, mujurlah tiada kecederaan dialami ahli keluarganya, cuma beberapa perabot rumah rosak dan basah akibat air hujan yang memasuki rumah setelah atap hilang dipukul ribut.

"Tiang rumah turut bergegar ekoran angin kuat tersebut sehingga merosakkan bahagian bumbung dan dianggarkan kerugian sekitar RM3,000," katanya.

Terkejut lihat atap rumah hilang

Bagi seorang lagi mangsa, Che Som Awang, 60, berkata, ketika kejadian, dia dan suami tiada di rumah sebaliknya berada di kampung selama lebih seminggu kerana melawat bapanya yang sakit.

"Secara kebetulan saya pulang ke rumah dan tiba kira-kira jam 12 tengah hari namun terkejut melihat keadaan bumbung rumah yang 'rongak' di bahagian hadapan akibat dipukul ribut.

"Saya terus meluru ke dalam rumah bagi memeriksa sekiranya ada kerosakan lain namun Alhamdulillah hanya melibatkan sedikit kerosakan perabot manakala bahagian dalam rumah pula basah akibat hujan," katanya kepada Sinar Harian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved