Ahad, 7 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Nyawa pengguna terancam

Posted: 06 Aug 2011 05:00 PM PDT

Nyawa pengguna terancam KOTA BHARU- Jambatan tunggu mangsa. Biarpun sudah lebih seminggu pagar Jambatan Lapang Pari rosak selepas sebuah lori terbabas di kawasan itu tetapi sehingga kini ia tidak baiki lagi.

Pada 28 Julai lalu sebuah lori yang membawa muatan 29 tong gas terjunam ke dalam sungai selepas kenderaannya gagal dikawal dan kemudiannya merempuh pagar jambatan tersebut.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kawasan tidak berpagar sepanjang hampir empat meter berkenaan hanya diletakkan dengan pita penghalang.

Bagaimanapun tindakan itu, masih tidak selamat kepada pengguna yang melalui kawasan tersebut dan langkah terbaik ialah perlu dibaiki dengan segera.

Jambatan kayu berkenaan menjadi laluan alternatif Pantai Cahaya Bulan ke Pengkalan Chepa dan ia juga digunakan oleh penduduk ketika jalan-jalan utama ditenggelami banjir.

Ia juga lebih membahayakan kepada pelajar yang menggunakan laluan tersebut untuk ke sekolah setiap hari dan keadaan itu turut menggugat keselamatan penduduk laluan berkenaan sekiranya ia tidak terus dibiarkan.

Kebimbangan berkenaan juga turut diakui oleh seorang murid, Suriri Abdullah, 11, yang menggunakan laluan tersebut setiap pagi untuk ke sekolah.

"Memanglah saya takut ketika melalui jambatan ini kerana pagarnya masih belum digantikan dengan yang baru, tetapi laluan ini paling dekat untuk saya ke sekolah," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui semalam.

Seorang penduduk, Salleh Mamat, 35, berkata, pihak berkaitan juga perlu menggantikannya dengan jambatan konkrit supaya ia tahan lebih lama dan selamat kepada pengguna.

"Sebelum ini, ketika hari raya jambatan ini juga digunakan oleh orang ramai untuk mengelak daripada kesesakan jalan raya dan saya berharap ia mendapat perhatian pihak berkaitan," katanya.

Sementara itu, wakil peribadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka, Hassan Mamat ketika dihubungi memberitahu, jambatan baru akan dibina dengan dalam jangka masa terdekat.

"Kita akan gantikan jambatan yang baru kerana pemaju pembinaan jambatan sudah dipilih dan ia dijangka melibatkan perbelanjaan berjumlah RM3 juta untuk keselesaan semua," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved