Sabtu, 6 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Ramadan bukan pesta makan

Posted: 05 Aug 2011 05:00 PM PDT

Ramadan bukan pesta makan KUANTAN–Masyarakat diingatkan bahawa tidak menjadikan bulan Ramadan sebagai pesta makanan kerana kebayakan mereka berpusu-pusu ke bazar membeli juadah berbuka.

Imam Satu Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah Satu, Mohd Khalil Mohd Zari berkata, beliau kecewa apabila masih ramai tidak memanfaatkan bulan mulia ini dengan beribadah di masjid, sebaliknya datang berbuka puasa di padang berhampiran kawasan masjid beramai-ramai.

Menurutnya, bilangan mereka yang datang membeli juadah di bazar berdekatan juga ramai, tetapi tidak ramai yang berjemaah di masjid.

"Puasa melatih kita untuk melawan nafsu terutamanya nafsu makan, tetapi apa yang saya lihat, masih ramai lagi yang mengasah nafsu makan mereka dengan berbelanja secara berlebihan dan pada masa yang sama tidak menjalankan ibadat.

"Ada juga dalam kalangan kita seolah-olah 'membalas dendam' membeli juadah yang berlebihan sehingga terbuang dan itu bukanlah apa yang patut kita amalkan dalam bulan yang mulia ini," katanya.

Selain itu, beliau menjelaskan bahawa matlamat berpuasa selama sebulan itu tidak tercapai jika masih ada yang bersikap sedemikian, malah rugi bagi sesiapa yang tidak memanfaatkan bulan ini dengan amal kebajikan.

Mohd Khalil berkata, hadis nabi juga mengatakan bahawa mereka yang tidak mengambil kesempatan dalam bulan ini adalah di kalangan umat yang kerugian kerana ia hanya sebulan sahaja dikerjakan dengan pahala yang berlipat kali ganda.

"Kita mengharapkan perubahan positif Ramadan ini untuk dimanfaatkan dalam kehidupan pada masa akan datang.

"Berbuka secara berjemaah di padang memang amalan baik, tetapi selepas berbuka, kita boleh berjemaah di masjid berdekatan untuk mengimarahkan bulan ini," katanya.

Justeru, beliau berharap agar masyarakat dapat perbetulkan diri dan dapat berebut pahala Ramadan yang hanya tinggal tiga minggu lagi untuk dilaksanakan.

Sementara itu, beliau mahu anak-anak kecil mula didedahkan dengan amalan berpuasa dan juga ibadat sebagai langkah didikan untuk mereka amalkan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved