Ahad, 7 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada sapaan sebelum bekerja

Posted: 06 Aug 2011 05:00 PM PDT

Tiada sapaan sebelum bekerja PARIT - "Tiada sapaan daripada suami sebelum dia keluar bekerja menjadi tanda saya akan kehilangan dia buat selama-lamannya," luah Sazura Mohd Yahya, 37, isteri kepada Aminuddin Kamarudin, 42, yang terbunuh dalam satu kemalangan maut di Kilometer 8 Jalan Bota Kanan-Teluk Intan, pagi kelmarin.

Sazura berkata, setiap pagi, suaminya akan memberitahu dan memaklumkan sebelum melangkah keluar rumah, namun pada pagi kejadian buat pertama kali arwah melangkah keluar rumah tanpa menyapa.

"Ketika itu saya sedang mengemas di bahagian dapur, dan apabila saya lihat diruang tamu beliau sudah pun keluar bekerja, tidak seperti biasa arwah akan menyapa saya terlebih dahulu sebelum keluar bekerja," katanya.

Sazura berkata, kebiasaannya setiap kali sebelum kehadiran Ramadan, arwah suaminya akan membelikan pakaian dan baju untuk anak-anak, namun Ramadan tahun ini arwah bercadang untuk membeli pakaian hari raya menjelang Aidilfitri.

:"Sayu hati jika terkenangkan persiapan menjelang Ramadan, arwah akan membawa anak-anak ke Teluk Intan membeli baju raya.

"Malah arwah akan memastikan baju anak akan sentiasa baru menjelang Aidilfitri, namun Aidilfitri kali ini tidak semeriah tahun sebelumnya dan ia akan menjadi kenangan," katanya.

Katanya, walau bagaimanapun, hasrat arwah untuk menikmati bubur lambuk masjid Teluk Intan akhirnya terlaksana apabila arwah membawa pulang bubur lambuk masjid Teluk Intan.

Sementara itu, isteri ketiga Mohamad Termizi, Norhana Ahmad Kamal, tidak menyangka berbuka kali terakhir dan masih terkenang makanan telur goreng ketika berbuka puasa bersama.

Norhana berkata, ketika di tempat kerja arwah sempat menghubunginya sebelum pergi ke Teluk Intan.

Menurutnya yang bertugas sebagai jururawat di sebuah hospital di Ipoh berkata, arwah sempat berpesan kepadanya supaya mendapatkan teksi untuk pulang ke rumah kerana ada urusan penting di Teluk Intan.

"Saya reda dengan ketentuan Tuhan walaupun terpaksa berhari raya bersama anak sulung yang kini berusia lima bulan," katanya.

:Dalam kejadian awal pagi itu dua beradik terbunuh apabila kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 8 Jalan Bota Kanan-Teluk Intan dekat Parit.

Aminuddin Kamaruddin, 42, dan adiknya, Mohamad Termizi, 37, berasal dari Batu 16, Kampung Lambor Kanan, Parit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Muhamad Fakri Che Sulaiman berkata, dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa, Aminuddin Kamaruddin, 42, dan adiknya, Mohamad Termizi, 37, berasal dari Batu 16, Kampung Lambor Kanan dalam perjalanan ke Teluk Intan.

"Kereta yang dipandu Aminuddin dirempuh sebuah lori di satu selekoh dan kedua-dua beradik itu meninggal di tempat kejadian.

"Mayat mereka yang tersepit di dalam kenderaan telah dikeluarkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat serta dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat," katanya kepada pemberita.

Katanya, pemandu lori dan kelindan hanya cedera ringan selain dirawat sebagai pesakit luar di hospital sama serta telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved