Ahad, 7 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

52,500 netbook untuk Pahang

Posted: 06 Aug 2011 05:00 PM PDT

52,500 netbook untuk Pahang BENTONG – Pelajar yang layak tetapi tidak terpilih bagi menerima netbook 1Malaysia bagi fasa pertama dan kedua tahun ini disarankan untuk bersabar kerana mereka dijangka memperolehnya menerusi pembahagian fasa ketiga dijangka selewatnya-lewatnya awal tahun depan.

Timbalan Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Timur, Shahrizal Husin berkata, bagi fasa ketiga, Pahang memperoleh 52,500 unit netbook yang bakal diagihkan kepada pelajar.

Menurutnya, negeri ini cukup bertuah kerana jumlah unit netbook bagi fasa ketiga adalah lebih banyak berbanding fasa pertama dan kedua.

"Bagi fasa pertama, jumlah netbook yang diagihkan ialah sebanyak 18,500 manakala fasa kedua ialah 7600 unit sahaja.

"Senarai nama pelajar yang layak sudah ada dalam simpanan jawatankuasa khas pemberian netbook ini dan mereka diharap bersabar untuk menerimanya dalam fasa ketiga," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Netbook 1Malaysia Kepada Pelajar Sekolah Menengah Parlimen Bentong bertempat di Dewan Majlis Perbandaran Bentong.

Majlis dirasmikan oleh Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai; dan turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabai, Datuk M Davendran; ADUN Ketari, Datuk Dr Ng Keong Chye; Pegawai Daerah Bentong, Datuk Toantowee Mohd Lotfie dan Pegawai Pelajaran Daerah, Liew Kim Choon.

Shahrizal berkata, pemilihan pelajar bermula dari pihak sekolah dan dikemas kini di Pejabat Pelajaran Daerah seterusnya senarai ini akan dibuat pengesahan oleh Ahli Parlimen dan ADUN setempat sebelum diserahkan SKMM bagi tujuan pengagihan.

Menurutnya, keutamaan diberikan kepada pelajar sekolah menengah yang tidak mempunyai komputer dan langganan jalur lebar di rumah serta dikategorikan sebagai kurang berkemampuan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved