Sabtu, 27 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Jangan beli tiket palsu

Posted: 26 Aug 2011 05:00 PM PDT

Jangan beli tiket palsu KOTA BHARU - Berhati-hati tiket palsu! Pihak berkuasa menasihatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap tiket bas palsu yang berkemungkinan dijual pihak tertentu atau ulat tiket bertujuan mengaut keuntungan.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Abd Ghani Che Kassim berkata, dalam usaha pihak berkuasa mengelak fenomena penumpang terkandas menjelang musim perayaan.

Beliau berkata, penumpang yang memilih perkhidmatan pengangkutan awam untuk pulang ke kampung halaman wajar memastikan tiket yang dibeli sah.

"Bas catar yang biasa digunakan pengusaha untuk menampung masalah kekurangan bas lebih cenderung menggunakan bas persiaran atau bas institusi pengajian tinggi sebagai bas tambahan setiap kali tiba musim perayaan.

"Bas ini mempunyai permit catar yang boleh mengambil penumpang di semua laluan dengan syarat perlu ada senarai penumpang dan jadual destinasi, senarai ini pula biasanya ada pada ketua rombongan," katanya kepada pemberita selepas Program Tabung Insaniah Harapan JPJ Kelantan di Sekolah Kebangsaan Sabak, di sini, kelmarin.

Dalam majlis berkenaan, seramai 35 murid yatim dan anak miskin serta 10 warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan penduduk sakit menerima sumbangan daripada Tabung Insaniah Harapan JPJ Kelantan.

Abd Ghani berkata, bagi bas tambahan dari bas sekolah atau bas kilang ia mempunyai Lesen Perubahan Sementara (LPS) yang permitnya dikeluarkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Beliau mengingatkan supaya orang ramai mendapatkan tiket bas pada kaunter sah dan elak membeli tiket daripada ulat tiket bagi kes penumpang bas terkandas berulang.

Bagi Ops Aidilfitri 2011 yang dilancarkan sejak 14 Ogos lalu, sejumlah 1,091 kenderaan diperiksa termasuk bas, 146 diambil tindakan, 187 jumlah kes dan 165 saman dikeluarkan sehingga 22 Ogos lalu.

Daripada jumlah itu, 140 bas diperiksa di depoh, 137 bas diperiksa di terminal, lapan saman tiada lesen memandu, 28 kes cukai jalan tamat dan 75 bagi kesalahan lain.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved