Jumaat, 5 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Impi kehidupan lebih sempurna

Posted: 04 Aug 2011 05:00 PM PDT

Impi kehidupan lebih sempurna SUNGAI MOK – Sebanyak empat keluarga Orang Asli yang memeluk Islam sejak lapan tahun lalu di Kampung Sungai Mok, di sini, mengimpikan kehidupan lebih sempurna sama seperti masyarakat Islam lain.

Mereka mahu mengubah tradisi warisan lama diamalkan sejak dahulu kepada budaya kehidupan masyarakat Melayu dan Islam seluruhnya selepas berpindah ke kampung itu sejak lebih dua bulan lalu.

Mereka semua sebelum ini tinggal di Kampung Orang Asli, Bukit Lepas, namun mengambil keputusan untuk 'berhijrah' ke penempatan baru bagi menambah sumber pendapatan lebih baik.

Bagaimanapun, nasib empat saudara baru itu masih tidak berubah apabila hanya bergantung harap kepada hasil hutan untuk menyara hidup memandangkan sumber ekonomi terhad di kampung itu.

Masih dihimpit kesusahan

Seorang penduduk, Ramli Mohamad, 46, berkata, kehidupan mereka masih dihimpit kesusahan walaupun terdapat usaha dilakukan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Mok untuk memperbaiki kehidupan mereka.

Ramli berkata, dia hidup dalam tekanan kerana terpaksa menanggung tujuh daripada 10 anak yang masih tinggal bersamanya memandangkan dia hanya bergantung harap kepada hasil hutan.

Menurutnya, sebelum ini, dia dan keluarga lain tinggal di penempatan Orang Asli Kampung Bukit Lepas, namun akibat dihimpit kemiskinan, mereka terpaksa mengambil keputusan untuk berpindah.

"Kami mahu menjalani kehidupan baru dan keluar daripada kepompong kemiskinan, namun nasib kami masih tidak berubah walaupun sudah berpindah ke kawasan baru," katanya kepada Sinar Harian.

Harap ihsan JKKK Sungai Mok

Isterinya, Lela Tintang, 38, berkata, penempatan yang baru didudukinya itu tidak mempunyai bekalan air bersih seperti dinikmati dahulu, namun mereka terpaksa juga meneruskan kehidupan.

Menurutnya, mereka terpaksa bergantung harap kepada sumber elektrik menggunakan generator yang ditarik dari kampung berdekatan untuk menerangi kegelapan malam di kawasan itu.

"Kami terpaksa mengangkut air dari kampung berdekatan, manakala menggunakan air parit di Ladang Yayasan Kemelai untuk keperluan mandi dan membasuh pakaian akibat ketiadaan bekalan asas ini," katanya.

Menurutnya, masalah itu mendapat perhatian JKKK Sungai Mok yang sanggup mendirikan rumah pondok bagi memenuhi keperluan masyarakat itu menjalani kehidupan, namun mereka masih menagih keperluan rumah lebih selesa.

"Rumah pondok kayu ini adalah hasil usaha JKKK Sungai Mok yang sanggup menerima kehadiran kami di kampung ini, namun kami berharap ada penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah ini," katanya.

Tidak ikut ajaran Islam

Asia Mohamad, 39, berkata, dia dan keluarganya juga tidak lena tidur akibat sering digigit nyamuk setiap malam, tambahan pula kawasan itu dikelilingi hutan dan semak.

Kami terpaksa memasang unggun api setiap malam untuk mengelakkan digigit nyamuk, namun sampai bila kami terpaksa berhadapan dengan masalah ini yang masih tiada penyelesaian?" katanya.

Asia yang memeluk Islam pada 3 Jun 2004 berkata, dia juga tidak dapat menjalani kehidupan seperti masyarakat Islam lain, malah tidak dapat mengikuti ajaran yang disyariatkan Islam terhadap penganutnya

Menurutnya, masalah itu berpunca akibat kurangnya bimbingan agama kepada saudara baru hingga perkara-perkara asas dalam Islam tidak diketahuinya, malah amalan seperti menunaikan solat dan puasa Ramadan ditinggalkan.

"Kurangnya perhatian daripada pihak tertentu khususnya pihak berkuasa agama menyebabkan kami di sini masih kabur mengenai rukun Islam dan tidak menghayati agama suci ini dengan baik," katanya.

Onos Jonus, 45, berkata, mereka memang masih belum mendalami ajaran Islam sebenar tetapi tidak mahu menyalahkan pihak berkenaan.

Menurutnya, dia dan keluarganya masih tidak berpuasa, malah masih mengekalkan budaya tradisi yang banyak bercanggah dengan Islam memandangkan tidak mendapat bimbingan secukupnya.

"Walaupun kami Islam, namun kami mengaku tidak pernah berpuasa sejak dulu hingga sekarang kerana tiada bimbingan dan saya amat kesal kerana kami dibiarkan tanpa bimbingan sewajarnya," katanya.

JKKK harap atasi segera masalah berkaitan

Pengerusi JKKK Sungai Mok, Jamaluddin Baya mahu pihak berwajib khususnya Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) memberi penekanan lebih serius kepada saudara baru.

Jamaluddin berkata, mereka yang berpindah ke kampung itu kecewa kerana masih tidak mempunyai sumber ekonomi tetap di kampung lama meskipun dijanjikan dengan peluang ekonomi lebih baik sebelum ini.

"Mereka kecewa kerana masih dihimpit kemiskinan dan terpaksa berpindah ke kampung baru yang mana mereka mempunyai talian saudara dengan penduduk di kampung ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved