Rabu, 24 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Penganggur tauke mercun

Posted: 23 Aug 2011 05:00 PM PDT

Penganggur tauke mercun KUANTAN - Tindakan anggota Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah 3 mengekori seorang penganggur berjaya membongkar kegiatan sebenar lelaki itu apabila menemui mercun bernilai RM18,000 di rumahnya di Taman Temerloh Jaya dekat Temerloh, tengah malam kelmarin.

PGM berjaya mengesan dan mengekori lelaki berusia 24 tahun itu kerana disyaki terlibat mengedar dan membekal mercun kepada peniaga di sekitar Kuantan berdasarkan maklumat awam.

Komander PGM Wilayah 3, Pemangku Asisten Komisioner Azmi@Azami Ibrahim berkata, empat anggota diketuai Asisten Superintendan Mohd Khairuddin Jamal menahan suspek dan hasil pemeriksaan ke atas rumah itu membawa kepada penemuan 18 jenis mercun bernilai RM18,000.

Menurutnya, semua mercun termasuk jenis bola dan telur itu ditemui disimpan di dalam rumah dan keretas Perodua Myvi milik suspek.

"Suspek yang masih bujang menggunakan rumah yang dipercayai rumah sewa sebagai stor transit bekalan mercun sebelum diedarkan kepada peniaga kecil.

"Kita turut menyita kereta bernilai kira-kira RM30,000 itu untuk siasatan lanjut kerana disyaki digunakan untuk kegiatan tersebut," katanya dalam sidang media di bilik gerakan Ibu Pejabat PGM Wilayah 3, Kuantan, semalam.

Azmi berkata, suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan dibebaskan dengan jaminan polis.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 4(2) Akta Bahan Letupan 1957 dan jika disabitkan , individu terlibat boleh dihukum penjara selama lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali," katanya.

Beliau berkata, sepanjang Ogos tahun ini, pihaknya berjaya menahan tiga individu dan merampas pelbagai jenis mercun dianggarkan bernilai lebih RM30,000 dalam tiga tangkapan berasingan di Kuantan dan Rompin.

"PGM akan terus meningkatkan usaha mencegah aktiviti penjualan mercun terutama di musim perayaan," katanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved