Khamis, 4 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Bayi hidap jantung berlubang

Posted: 03 Aug 2011 05:00 PM PDT

Bayi hidap jantung berlubang LANCHANG – Seorang suri rumah mengharapkan kehadiran Ramadan tahun ini akan memberi sinar baru buat keluarganya yang memerlukan bantuan lebih RM80,000 bagi kos pembedahan jantung anak bongsunya.

Sarina Mat Nayan 40, dan suami Mohd Zulkifli Mohd Nor 42, yang bekerja sebagai buruh pertanian menetap di Kampung Bongsu di sini tidak mampu menampung kos rawatan yang terlalu tinggi untuk merawat anaknya Mohd Iskandar Hamizan empat bulan.

Sarina pernah merayu bantuan melalui akhbar ini bulan lalu namun akibat ketiadaan akaun bank banyak sumbangan kewangan kepadanya tidak dapat disampaikan.

Menurutnya, dia sekali lagi merayu bantuan orang ramai untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi kos pembedahan anak bongsunya yang mengidap jantung berlubang, jantung terbalik, saluran jantung sempit dan paru-paru tidak mengembang sejak lahir.

"Saya merayu bantuan kewangan bagi pembedahan anak memandangkan keadaan kesihatannya tidak menentu sejak kebelakangan ini dan memerlukan rawatan segera," katanya yang tinggal di rumah ibu dan bapa mertuanya.

Sarina yang berhijrah dari negeri kelahirannya di Kedah ke Pahang lebih 30 tahun dahulu tinggal bersama suami di Kampung Bongsu di sini bersama keluarganya selepas berkahwin 20 tahun lalu.

"Kami sekeluarga tiada harta di sini dan rumah pun dibina atas tanah pertanian milik kerajaan. Kalau boleh memang nak rayu bantuan rumah PPRT tapi tanah pun tidak ada.

"Dalam keadaan sekarang soal rumah adalah yang kedua, apa yang penting saya rayu bantuan pembedahan jantung anak bongsu saya.

"Saya memang tidak ada pilihan lain selain merayu bantuan orang ramai kerana kami sekeluarga berpendapatan kecil," katanya.

Sarina berkata, sebelum ini anak sulung dan anak keempatnya juga meninggal dunia akibat penyakit yang sama. Dia kini hanya mempunyai tiga anak selepas kedua-dua anaknya meninggal dunia beberapa tahun lalu.

Sarina berkata, daripada tiga anaknya, yang bongsu disahkan doktor menghidap penyakit jantung sejak lahir manakala dua lagi normal.

"Saya akan bawa anak pergi IJN pada 17 Ogos ini dan sekali lagi pada 21 Oktober depan. Untuk pergi ke IJN juga terpaksa mencari kenderaan kerana kami tidak mempunyai kereta sendiri.

"Bekalan ubat juga perlu diambil dari Hospital Temerloh sebulan sekali dan setiap kali pergi saya terpaksa mendukung anak menaiki bas yang jaraknya lebih 30 kilometer dari rumah," katanya.

Sarina berkata, kepada mereka yang sudi menghulurkan bantuan boleh menghubunginya di talian 017-9594404 atau melalui akaun Maybank Rokiah Ali 156020308444.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved