Rabu, 24 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

9 Suspek culik ditahan

Posted: 23 Aug 2011 05:00 PM PDT

9 Suspek culik ditahan JOHOR BAHRU - Polis berjaya menahan sembilan lelaki termasuk seorang wanita berusia 23 tahun yang dipercayai mempunyai kaitan dengan satu kes penculikan seorang ahli perniagaan di Taman Molek, 16 Ogos lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, kesemua suspek berusia di antara lingkungan 17 hingga 42 tahun ditahan dalam tiga serbuan berasingan di sini pada 19 dan 20 Ogos lalu.

Katanya, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian penculikan membabitkan seorang lelaki, 42, dibawa lari empat lelaki menaiki sebuah kereta yang disaksikan oleh orang awam kira-kira pada jam 9.05 malam, 16 Ogos lalu.

"Keesokan harinya, isteri mangsa menerima panggilan telefon daripada penculik terlibat yang meminta wang tebusan sebanyak RM600,000 untuk melepaskan suaminya.

"Susulan daripada laporan yang diterima, polis menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat dan akhirnya melakukan tiga serbuan di lokasi berasingan, dan dengan tertangkapnya kumpulan ini, kita percaya dapat menyelesaikan beberapa kes penculikan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, semalam.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved