Rabu, 17 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Haba panas kejutkan mangsa

Posted: 16 Aug 2011 05:00 PM PDT

Haba panas kejutkan mangsa SIMPANG – Seorang warga emas di sini terpaksa melupakan hasratnya untuk menyambut lebaran di rumah sendiri, selepas ia musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang berlaku, malam kelmarin.

Mangsa, Zainuddin Othman, 74, berkata, dia baru sahaja hendak tidur ketika kejadian apabila merasa haba panas pada bahagian kaki dan terkejut apabila melihat nyalaan api di hujung kakinya.

Menurutnya, dia berseorangan di rumah ketika kejadian, sementara anaknya berada di masjid menunaikan solat terawih.

"Saya telah cuba keluar daripada rumah pada ketika itu namun tidak berdaya kerana keadaan api yang marak dengan cepat, ditambah dengan ketakutan ketika mendengar letupan tong gas.

"Syukur, umur saya masih panjang apabila berjaya diselamatkan cucu yang berusaha sedaya upaya menarik saya keluar daripada rumah itu dalam keadaan sehelai-sepinggang," katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Katanya, duit hasil jualan daun pisang sebanyak RM200 bagaimanapun tidak dapat diselamatkan dalam kejadian berkenaan.

Tiada bekalan elektrik

Zainuddin turut memaklumkan bahawa rumahnya tidak mempunyai bekalan elektrik kerana telah dipotong ekoran terdapat tunggakan RM600, yang tidak dibayar orang meminjam elektrik.

Berikutan ketiadaan bekalan elektrik, dia hanya menggunakan lilin sahaja untuk mendapatkan cahaya bagi menerangi kegelapan malam, yang mungkin menjadi puca kebakaran.

"Jumlah tunggakan bil elektrik berada di luar kemampuan saya yang hanya bergantung kepada pendapatan daripada upah kerja-kerja kampung dan hanya cukup untuk menampung keperluan harian sahaja.

"Semenjak ketiadaan bekalan elektrik, saya sentiasa berpesan kepada anak supaya tidak memasang dan membiarkan lilin jika mahu keluar rumah," katanya.

Sementara itu, anak ke enam, Zuraini, 37, berkata, dia menziarahi ayahnya itu, pada petang sebelum kejadian, sebelum bertolak balik ke Gerik.

"Selepas bertemu ayah, saya ke rumah mertua di Matang Gelugor dan hanya mengetahui tentang kejadian yang menimpa ayah pada pagi ini (semalam).

"Menurut ayah, keluarga di sini ada menelefon saya pada malam kejadian namun tidak berjaya, mungkin kerana keadaan hujan lebat pada ketika itu," katanya.

Zuraini berkata, dia akan mengikut kehendak ayahnya selepas ini sama ada ingin tinggal bersama adik-beradiknya yang lain atau mengikutnya balik ke Gerik.

Pertaruh nyawa untuk datuk

Cucu Zainuddin yang hanya ingin dikenali sebagai Along, 28 berkata, tiada perkara lebih penting daripada nyawa datuknya dan dia sanggup mempertaruhkan nyawanya untuk menyelamatkan Zainuddin.

Katanya, dia sedang bersiap untuk ke tempat kerja dan sedang menunggu kepulangan isteri pada ketika itu, bersyukur kerana kehadiran seorang rakan membolehkan dia menyedari berlaku kebakaran di rumah datuknya itu.

"Saya terus berlari ke rumah datuk dan cuba merempuh masuk untuk melihat keadaannya, tetapi terhalang oleh sebatang kayu yang jatuh menghalang laluan.

"Lantas saya mengambil langkah segera mengopak dinding dan berjaya membawa datuk saya yang berada dalam keadaan lemah akibat terhidu banyak asap, keluar daripada rumah itu," katanya.

Dia bersyukur kerana tidak berlaku sebarang kemalangan jiwa dalam kejadian itu dan dia sendiri hanya mendapat luka kecil.

Api menyambar dengan cepat

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Hasna Rashid berkata, pasukannya mendapat panggilan berhubung kejadian pada jam 10.06 malam dan mengambil masa 10 minit untuk tiba di lokasi kejadian.

Katanya, ketika sampai di lokasi kejadian, api telah memusnahkan hampir 90 peratus struktur rumah papan bersaiz kecil itu.

"Saiz rumah itu menyebabkan api marak lebih pantas untuk memusnahkan keseluruhan rumah dan 17 anggota pasukan bomba dan penyelamat hanya mampu memadamkan saki baki kebakaran serta mengawal kebakaran sepenuhnya," katanya.

Sementara itu, wakil Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Simpang, Abdul Azim Pakir Mohd berkata, JKKK bersimpati dengan nasib yang menimpa Zainuddin yang merupakan kejadian kebakaran pertama di kampung itu.

Menurutnya, JKKK masih belum memutuskan bentuk bantuan yang akan diberikan untuk membantu warga emas itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved