Sabtu, 20 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Kesucian BEKALAN ayam diragui

Posted: 19 Aug 2011 05:00 PM PDT

Kesucian BEKALAN ayam diragui PONTIAN – Sebuah pusat penyembelihan ayam yang beroperasi di Jalan Pontian-Johor Bahru dikesan gagal memperbaharui sijil logo halal yang digunakan sejak tiga tahun lepas.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) mendapati pengusaha masih menggunakan sijil halal yang lama, meskipun sudah diminta memperbaharuinya berulang kali setiap kali operasi dijalankan bermula pada tahun 2009.

Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan, Unit Halal Jaij, Samsuddin Paimin berkata, pihaknya memandang serius perkara berkenaan kerana masih ada yang mengambil mudah :mengenai logo sijil halal.

"Pengusaha masih meletakkan logo halal pada bakul ayam, sedangkan tidak ada :kebenaran untuk mereka melakukannya," katanya kepada pemberita selepas menyertai operasi pemantauan ke pusat penyembelihan ayam di daerah Pontian, di sini, awal pagi semalam.

Dalam operasi selama 4 jam yang bermula pada pukul 12 :tengah malam itu, tiga pusat penyembelihan dan pemprosesan ayam di Pekan Nenas dan Pontian diperiksa.

Samsudin berkata, tindakan meletakkan tanda halal pada bakul ayam menimbulkan kekeliruan memandangkan sijil logo halal pusat penyembelihan itu yang sudah tamat tempoh.

Selain itu katanya, cara pengendalian pemprosesan ayam selepas disembelih di premis itu juga tidak mengikut piawai yang ditetapkan oleh Jaij.

"Air yang digunakan untuk tujuan membersihkan ayam juga tidak diganti dan digunakan berulang kali yang akhirnya memberi kesan kepada tahap :kebersihan ayam yang diproses,

"Keadaan premis pusat itu juga tidak dipagar yang boleh menyebabkan tahap kebersihan diragui kerana anjing-anjing liar mudah masuk ke bahagian pemprosesan ayam," katanya.

Beliau turut memberi ingatan kepada pengusaha agar tidak menggunakan sijil logo halal yang tamat tempoh kerana akan berdepan dengan tindakan undang-undang dan diingatkan segera memperbaharui sijil berkenaan.

"Kami kesal kerana masih terdapat pengusaha memandangkan ringan soal halal terutamanya yang melibatkan pengguna Islam," katanya.

Mengikut Undang-undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2010 yang akan dikuatkuasakan bermula tahun depan, syarikat yang didapati bersalah menipu sijil halal boleh dikenakan denda sehingga RM5 juta bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM10 juta bagi kesalahan kedua.

Antara agensi yang terlibat dalam operasi itu adalah Jabatan Alam Sekitar (Jas), Majlis Daerah Pontian, Pejabat Kesihatan Pontian dan Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Koperasi cawangan Pontian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved