Jumaat, 26 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

‘Polis’ minta wang hapus salah

Posted: 25 Aug 2011 05:00 PM PDT

'Polis' minta wang hapus salah KUANTAN - Masyarakat diminta berwaspada terhadap satu sindiket penipuan menyamar sebagai anggota polis dari Bukit Aman dan Interpol yang menelefon serta mengugut mangsa untuk mengheret mangsa ke mahkamah atau kes tersebut boleh diselesaikan dengan syarat memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun tertentu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teruntum, Chang Hong Seong berkata, penjenayah menggunakan taktik tersebut kononnya pihak polis boleh membantu melupuskan kesalahan yang dilakukan mangsa.

Menurutnya, mangsa akan diberitahu kononnya kad pengenalan atau pasport mangsa telah disalahgunakan pihak ketiga dengan membuka akaun di salah sebuah bank di Hong Kong.

"Mangsa juga didakwa terlibat dalam aktiviti anti laundering yang akan menyebabkan akaun mangsa dibekukan dan seterusnya perniagaan ditutup.

"Seterusnya, mangsa diarahkan memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun sebagai jaminan untuk memastikan kes mangsa ditarik daripada dibicarakan di mahkamah," katanya dalam satu sidang media, di sini semalam.

Beliau berkata, setakat ini, terdapat 47 kes dalam pengetahuannya berlaku dan ada mangsa sanggup memasukkan wang sehingga RM5,000.

Menurutnya, beliau percaya, sindiket tersebut aktif beberapa tahun lepas dan berharap agar masyarakat tidak mudah terpedaya dengan helah sebegitu.

"Jika kita tidak pernah buat salah, tidak patut kita masukkan wang tersebut tanpa usul periksa. Jika perlu, buat laporan polis dengan segera jika panggilan tersebut mencurigakan," katanya.

Oleh itu, beliau berharap agar sindiket itu dapat ditumpaskan dengan segera kerana telah banyak menipu orang ramai.

Berikutan itu Hong Seong membuat satu laporan polis di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan bagi memastikan jenayah itu dapat dibanteras.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved