Khamis, 4 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Buruh maut perut terburai

Posted: 03 Aug 2011 05:00 PM PDT

Buruh maut perut terburai BAYAN LEPAS – Seorang buruh yang baru pulang dari kerja maut dalam keadaan perutnya terburai selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah kenderaan yang sedang keluar dari persimpangan Jalan Permatang Damar Laut kelmarin.

Dalam kejadian kira – kira 7.40 malam, mangsa, Lye Hock Soon, 42, dikatakan dalam perjalanan dari Bayan Lepas ke Batu Maung sebelum merempuh kereta jenis Datsun yang berada di persimpangan itu.

Rempuhan itu menyebabkan mangsa melambung melepasi kereta berkenaan sebelum tercampak ke atas jalan sehingga menyebabkan perutnya terburai dan kecederaan parah di kepala.

Ketua Bahagian Trafik Daerah Barat Daya, Cif Inspektor Mohd Zin Mat Ali berkata, mangsa dikatakan baru pulang dari kerja di Batu Maung dan dalam perjalanan menuju ke rumahnya di Pulau Betong, Balik Pulau.

"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta terbabit mengalami cedera parah di bahagian kepala dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang.

"Siasatan awal mendapati, penunggang terbabit melanggar kereta yang keluar dari persimpangan jalan itu.

"Kami sedang menjalankan siasatan berhubung punca kejadian berikutan pemandu terbabit masih belum sedarkan diri," katanya.

Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved