Khamis, 4 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Polis giat buru Rambo

Posted: 03 Aug 2011 05:00 PM PDT

Polis giat buru Rambo KUALA LUMPUR – Polis sedang memburu seorang lelaki dipercayai perancang utama sindiket curi kereta dikenali sebagai Rambo, manakala, seorang ahli sindiket itu berjaya ditahan awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi itu, polis menahan ahli sindiket berusia 45 tahun itu di sebuah apartmen di Bandar Baru Sentul

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, penahanan itu dibuat susulan tertangkapnya dua suspek sindiket sama pada Khamis lalu di dua lokasi di Pantai Dalam.

Menurutnya, penahanan suspek ketiga itu juga membawa kepada penemuan tiga buah kereta yang dicuri.

"Hasil siasatan dijalankan menunjukkan tiga kereta itu terdiri daripada dua jenis Proton Wira Aeroback serta sebuah kereta Kia Carnival menggunakan nombor pendaftaran dan geran palsu.

"Siasatan awal mendapati suspek itu mempunyai kaitan dengan kedua-dua suspek yang ditahan sebelum ini," katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Petaling, di sini, semalam.

Wan Abdul Bari berkata, siasatan mendapati suspek tidak memiliki sebarang rekod jenayah tetapi mempunyai rekod lalu berkaitan penagihan dadah.

Menurutnya, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti rangkaian sindiket berkenaan.

"Kita percaya sindiket ini mempunyai rangkaiannya yang besar dan ketiga-tiga suspek ditahan ini menjalankan kerja-kerja mencuri.

"Berdasarkan geran, cukai jalan dan nombor pendaftaran palsu ini, kita percaya terdapat individu lain yang terlibat memalsukan dokumen itu serta menjual kereta dicuri," katanya.

Wan Abdul Bari berkata, polis kini memburu Rambo yang dipercayai merupakan perancang sindiket curi kereta berkenaan.

Menurutnya, pihaknya menjangkakan dapat menahan Rambo dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan kes itu.

Katanya, sindiket itu dikesan menyasarkan kereta jenis Proton kerana ia mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran.

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek direman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan.

Sabtu lalu Sinar Harian melaporkan dua lelaki ditahan serta lima buah kereta dirampas di Pantai Dalam. Sindiket tersebut dipercayai aktif mencuri kereta sejak setahun lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved