Rabu, 17 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

JPJ jumpa pemandu bas

Posted: 16 Aug 2011 05:00 PM PDT

JPJ jumpa pemandu bas BENTONG – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri akan mengadakan pertemuan dengan pemandu bas ekspres dalam waktu terdekat sebagai salah satu pendekatan meningkatkan keselamatan dan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutama di musim perayaan.

Pengarahnya, Datuk Zakaria Man berkata, sebelum ini, pihaknya sudah mengadakan pertemuan dengan pengusaha bas ekspres.

Menurutnya, pertemuan yang bakal diadakan ini secara tidak langsung dapat mendengar permasalahan dalam kalangan pemandu bas seterusnya memastikan keselamatan penumpang bas terjamin.

"Sesi perjumpaan bersama pemandu syarikat bas ekspres akan diadakan di depoh syarikat bas secara berperingkat.

"Tambahan pula, berdasarkan kajian hampir 60 peratus bas ekspres dipandu laju di jalan raya dan kita mahu mengetahui apa punca atau sebab perkara seumpama ini berlaku supaya dapat ditangani menerusi pertemuan diadakan ini," katanya. Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Ops Hari Raya Aidilfitri 2011 Peringkat Negeri bertempat di Plaza Tol Bentong dekat sini.

Zakaria berkata, selain pertemuan dengan pemandu bas ekspres, pihaknya juga menjalankan pemeriksaan awal ke atas bas ekspres di depoh pada 5 hingga 12 Ogos lalu melibatkan lebih kurang 100 bas.

Dalam perkembangan sama, seramai 165 anggota penguatkuasa JPJ akan ditempatkan di terminal bas utama negeri ini iaitu di Temerloh dan Kuantan.

Menurutnya, sebanyak 20 pasukan peronda akan bertugas di laluan utama negeri termasuk laluan Bentong ke Gua Musang dan laluan Kuantan ke Segamat.

"Selain itu terdapat 30 pasukan penyamaran diwujudkan dan ditempatkan di dalam bas ekspres bagi memastikan pemandu bas dipantau dari segi cara pemanduan dan jika berlaku kesalahan, saman akan dikeluarkan ketika bas sampai ke destinasi," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya..

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved