Selasa, 16 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Fail saman RM34 juta

Posted: 15 Aug 2011 05:00 PM PDT

Fail saman RM34 juta IPOH - Mahkamah Tinggi di sini, semalam membenarkan permohonan seorang ahli perniagaan, Md Nayan Salleh untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang Jasa Kukuh Sdn Bhd menggunakan rekaan produk Sistem Penyaringan dan Pengasingan Sisa Makanan, Lemak dan Gris (Simpak) miliknya.

Pesuruhjaya Kehakiman, Choong Siew Khim membenarkan permohonan berkenaan berdasarkan produk yang didaftarkan di bawah Akta Paten 1983 selain notis yang diberikan kepada pihak Jasa Kukuh Sdn Bhd oleh plaintif.

Selain daripada itu, Md Nayan yang juga Pengarah Urusan Kitaran Potensi Sdn Bhd juga turut memfailkan writ saman bagi menuntut ganti rugi sejumlah RM34 juta daripada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Jasa Kukuh Sdn Bhd bagi tujuan sama.

Peguam, Sin Cheok Kum yang mewakili plaintif memaklumkan saman tersebut telah diserahkan kepada kedua-dua defendan minggu lalu.

Plaintif menuntut MBI mengeluarkan kesemua produk pelanggaran di kawasan Dataran MBI Terrace, Jalan Dato Ismail Shah Bodin dan hadapan MBI dalam tempoh 14 hari dari tarikh perintah mahkamah.

Bagi Jasa Kukuh (defendan kedua), plaintif menuntut kesemua produk yang dipasang di tempat berkenaan dikeluarkan mengikut tempoh yang sama selain memberhentikan menjual, mengedar atau memasang produk menggunakan rekaan plaintif.

Selain itu, defendan kedua juga dituntut menghantar peralatan mesin dan bahan mentah untuk membuat produk berkenaan serta termasuk barang-barangan, label-label, pengiklanan dan pembungkusan material.

Ketika perbicaraan dalam kamar, pihak defendan kedua hadir tanpa peguam memfailkan rayuan terhadap tuntutan itu dan pihak MBI turut berbuat rayuan sama Jumaat lalu. Perintah injunksi dibenarkan sehingga bicara semula pada 12 September ini.

Pada 27 Julai lalu, plaintif mendapati 17 unit Simpak ciptaannya di ciplak dan telah dipasang di gerai-gerai makanan di kawasan Dataran MBI Terrace menerusi syarikat itu.

Sementara itu, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim menyerahkan kepada pihak mahkamah untuk membuat keputusan berhubung tuntutan saman berkenaan bernilai RM17juta.

Menurutnya, tindakan yang diambil peniaga berkenaan adalah hak beliau sebagai pencipta dan pihak MBI tidak ada sebarang halangan.

"Walau bagaimanapun, setelah perkara berkenaan di bawa ke mahkamah, biar mahkamah yang tentukan dan kita jumpa di mahkamah," katanya kepada Sinar Harian di sini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved