Sabtu, 13 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Pekerja stesen minyak bersubahat

Posted: 12 Aug 2011 05:00 PM PDT

Pekerja stesen minyak bersubahat KOTA BHARU - Kelicikan sebuah stesen minyak di Kampung Kepulau, Tumpat yang aktif bersubahat menjalankan kegiatan penyeludupan petrol dan diesel ke negara jiran terbongkar apabila pekerja mereka dikesan menjadi dalang kegiatan itu dengan mendapat upah lumayan.

Dalam kes terbaru, hasil intipan 30 minit kelmarin, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kelantan berjaya menahan kereta Toyota Corolla GL yang membawa muatan minyak dianggarkan RM32,000 di stesen itu.

Pengarahnya, Fauzi Harun berkata, hasil serbuan yang dilakukan jam 7 pagi oleh pegawai penguat kuasa mendapati stesen minyak berkenaan sudah beberapa kali dikenakan tindakan kerana melakukan aktiviti penyeludupan minyak tetapi tidak pernah serik.

"Kali ini kami menyita kira-kira 15,000 liter petrol RON95 di stesen itu manakala kereta bernombor pendaftaran CU 2206 dan minyak petrol dalam dua bekas besi lebih kurang 300 liter dengan nilai rampasan dianggarkan RM32,000 turut disita.

"Siasatan yang dijalankan mendapati pekerja stesen minyak itu disyaki menjadi dalang dan juga tonto penyeludup dengan mendapat upah lumayan kerana kereta itu boleh mengisi sehingga 500 liter setiap kali," katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, kejayaan itu hasil risikan beberapa hari pihaknya dan mendapati penyeludup menjadikan stesen Kampung Kepulau salah satu 'port' mendapatkan bekalan minyak melalui kerjasama pekerja di stesen itu yang berhubung menggunakan telefon bimbit dan bahasa isyarat.

Selain menjadi tonto penyeludup, pekerja stesen itu turut memainkan peranan untuk 'set' semula bacaan meter dari kaunter pam minyak beberapa kali dalam sedikit walaupun boleh mengisi sehingga RM1,000.

Harun berkata, siasatan dijalankan mendapati kereta itu mempunyai dua bekas yang diletakkan di tempat duduk belakang dan tempat letak tayar gantian bagi mengelak dikesan.

"Kereta ini boleh membuat pengisian sehingga RM1,000 pada satu-satu masa di stesen berkenaan. Pemilik stesen minyak ini juga masih degil dengan terus menjalankan aktiviti penyeludupan walaupun sebelum ini terdapat kes sebuah kereta penyeludup terbakar di stesen ini.

"Kami akan terus memantau stesen-stesen minyak yang menjadi tumpuan penyeludup dan bersekongkol dengan mereka. Oleh itu, orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat bagi mengesan penyeludupan bahan api ini," katanya.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-peraturan Bekalan 1974. Jika sabit kesalahan, boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved