Ahad, 21 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Polis edar lakaran wajah empat lelaki

Posted: 20 Aug 2011 05:00 PM PDT

Polis edar lakaran wajah empat lelaki KAMPUNG RAJA - Polis hari ini mengedarkan lakaran wajah empat lelaki yang disyaki terlibat dalam kes jenayah jala-nan iaitu ragut termasuk samun yang berlaku di daerah ini sejak Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, polis percaya semua lelaki berketurunan Melayu terbabit berumur lingkungan 30-an ke bawah.

Menurutnya, lakaran wajah tiga suspek tersebut diperoleh daripada mangsa membabitkan kes samun di Kampung Gong Bayor, Gong Duek dan terbaru, kes samun bersenjata membabitkan seorang guru wanita di Kampung Pangkalan Sentul, Jertih, Selasa lalu.

"Sebanyak lima kes samun berlaku sepanjang Julai dan Ogos lalu membabitkan kerugian lebih RM15,000 dan hasil kerjasama mangsa, polis memperoleh gambar lakaran dipercayai mirip suspek yang terlibat dalam kejadian itu," katanya.

Kamaruddin berkata, mereka dipercayai kumpulan sama dan polis giat memburu suspek terbabit.

Katanya, walaupun setiap gambar lakaran tidak tepat seratus peratus tetapi ia diharap dapat membantu polis mengesan dan menjejaki suspek.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved