Sabtu, 20 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Beruang ancam penduduk

Posted: 19 Aug 2011 05:00 PM PDT

Beruang ancam penduduk KEMAMAN – Gara-gara seekor beruang masuk ke kawasan penempatan penduduk, bukan sahaja tanaman kebun musnah bahkan penduduk di Perumahan Ketengah, Taman Sejahtera, bersebelahan Felda Kerteh Lima, dekat sini, sejak lebih seminggu lalu juga dibelenggu kebimbangan jika haiwan liar itu turut menyerang penduduk.

Haiwan liar itu dipercayai datang dari belukar berdekatan dan bertindak menceroboh kawasan kebun pisang penduduk untuk mencari makanan.

Kehadiran beruang itu disedari seorang penduduk, Kamson Shuttar, 40-an, yang secara kebetulan ternampak kelibat haiwan itu ketika dia meninjau dan masuk ke kebun di belakang rumahnya kira-kira jam 6.45 petang pada 8 Ogos lalu.

"Waktu itu hujan renyai dan saya masuk ke dalam kebun untuk meninjau jika ada pisang yang telah masak, bagaimanapun saya hairan apabila melihat keadaan rumput di dalam kebun yang berselerak selain terhidu bau badan haiwan.

"Bila toleh ke belakang, saya lihat kelibat seekor haiwan berwarna hitam setinggi kira-kira satu meter yang saya syak beruang, sedang berjalan membelakangi saya masuk ke dalam semak. Jarak kedudukan saya dengan haiwan itu hanya sejauh 20 meter," katanya ketika dikunjungi Sinar Harian di rumahnya.

Menurut bapa kepada seorang anak itu, sejurus kemudian dia segera memeriksa kawasan kebun pisangnya dan melihat beberapa pelepah anak pokok kelapa yang ditanam, patah.

Hari berikutnya, Kamson berkata, ketika pulang dari kerja dia terkejut apabila isterinya memberitahu dahan pokok rambutannya yang berbuah lebat dan terletak dalam kebun pisang itu patah dipukul ribut.

"Selepas diberitahu begitu saya segera masuk ke kebun dan lihat keadaan pokok rambutan yang dahannya banyak patah, tetapi peliknya dahan yang patah terkumpul di tengah-tengah cabang iaitu dijadikan tempat duduk untuk beruang tersebut. Buah rambutan yang banyak juga didapati sudah tiada," katanya.

Khuatir dengan kehadiran beruang itu yang boleh mendatangkan ancaman kepada penduduk setempat, Kamson pada 10 Ogos lalu membuat laporan mengenainya di Pejabat Ketengah.
Bomba pasang perangkap harimau.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Sukarela Bandar Ketengah Jaya akan memasang perangkap harimau bagi menangkap beruang yang menceroboh kawasan penduduk di sini sejak lebih seminggu lalu.

Ketua pasukannya, Ramli Mat berkata, kesan yang ditemui di kawasan kebun pisang tempat kelibat haiwan liar itu dilihat termasuk penemuan najis haiwan itu dan ia disahkan beruang.
Menurutnya, kesan cakaran turut ditemui pada batang pokok kelapa di belakang rumah salah seorang penduduk tidak jauh dari kebun pisang, selain anak pokok kelapa yang musnah gara-gara umbut kelapa dimakan haiwan buas itu.

Dia yang juga Penyelaras Pasukan Bomba dan Penyelamat Sukarela Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Rahmat, Felda Kerteh Lima berkata, pihaknya yang menerima laporan mengenai penemuan beruang itu segera bergegas ke lokasi kejadian.

"Sejurus dimaklumkan, Pasukan Bomba dan Penyelamat Bandar Ketengah Jaya dan KRT Kampung Rahmat segera ke lokasi dan pihak kami berjaya menjejak kesan kehadiran beruang itu.

"Justeru sejak itu kita turut lakukan pemantau di kawasan ini setiap hari bagi memastikan penduduk tidak diancam haiwan liar ini yang boleh bertindak agresif termasuk menerkam jika secara tiba-tiba terserempak manusia," katanya.

Ramli berkata, hasil pemeriksaan di kawasan kebun itu, pihaknya juga berjaya mengesan laluan yang digunakan beruang itu untuk masuk ke dalam kawasan kebun terbabit.

"Semua kesan ini akan dapat membantu kita untuk menangkapnya. Dari kesan yang kita jejaki, beruang ini hampir setiap hari menceroboh kebun penduduk untuk mencari makanan sehingga anak pokok kelapa dan pohon rambutan musnah.

"Jadi, kita akan jadikan makanan yang gemar dimakan beruang ini sebagai umpan agar ia dapat ditangkap," katanya.

Terkam jika terkejut

Ramli berkata, kes beruang menceroboh ke kawasan penempatan penduduk itu tidak boleh dipandang remeh kerana ia melibatkan keselamatan penduduk setempat disebabkan haiwan buas itu boleh bertindak agresif termasuk seperti menerkam dan menyerang manusia.

"Beruang kalau terkejut akan terkam apa sahaja. Jadi kita takut jika semakin lama haiwan ini dibiarkan berkeliaran, nyawa penduduk setempat akan terancam.

"Kita tak mahu kes beruang menyerang manusia sehingga mangsa cedera yang berlaku di Felda Kerteh Empat tahun lalu berlaku di sini pula. Jadi sekarang kita sedang berusaha untuk memerangkapnya. Namun kita berharap haiwan ini dapat ditangkap hidup-hidup kerana kita tidak mahu membunuhnya," katanya.

Menurutnya, jika beruang dapat ditangkap hidup-hidup ia akan diberikan kepada Zoo Mini Kemaman untuk memperbanyakkan spesies haiwan zoo itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved