Sabtu, 20 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tak sempat solat Maghrib

Posted: 19 Aug 2011 05:00 PM PDT

Tak sempat solat Maghrib BACHOK –Malang menimpa seorang ibu tunggal, Maimunah Hamat, 62, apabila semua persiapan menyambut Aidilfitri musnah dalam kebakaran di Kampung Keluat jam 7.45 malam kelmarin.

Maimunah berkata, kira-kira 20 minit selesai berbuka puasa, dia mengambil wuduk dan menuju ke bilik untuk mengerjakan solat Maghrib.

Namun, dia terkejut apabila melihat asap berkepul-kepul keluar dengan bahang kepanasan dari bilik berkenaan sejurus ia dibuka.

"Ketika itu, saya selesai berbuka puasa dan belum sempat mencuci pinggan mangkuk kerana ingin mengerjakan solat Maghrib terlebih dahulu.

"Saya tergamam apabila pintu bilik yang dibuka tiba-tiba mengeluarkan asap tebal dan membuatkan kami panik. Saya kemudian arahkan anak dan cucu untuk menyelamatkan diri tanpa sempat menyelamatkan apa-apa barang termasuk pakaian hari raya yang baru dibeli untuk cucu-cucu saya," katanya.

Maimunah tinggal bersama dua anak iaitu Elmy Rosnita Abdul rajab, 33, dan Mohd Amir Izzudin, 23. Turut bersama dalam rumah itu cucu mangsa, Noratirah Anuar, 12, Amirul Haziq Hashim, 5, Airel Haziq Hashim, 1 tahun. Akibat kejadian itu dia sekeluarga terpaksa menumpang dan bersahur di rumah saudara berdekatan.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved