Selasa, 9 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Lindungi dagangan negara

Posted: 08 Aug 2011 05:00 PM PDT

Lindungi dagangan negara PASIR GUDANG - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya menyelamatkan RM63 bilion dagangan negara menerusi Ops Fajar yang bermula Ogos 2008.

Panglimanya, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, berdasarkan statistik yang diperoleh, hampir RM63.3 bilion nilai dagangan negara yang dibawa oleh kapal dagang berjaya dilindungi pada tahun lepas

"Kapal TLDM yang melaksanakan Ops Fajar 1 hingga 4 berjaya mengiringi sebanyak 92 kapal, manakala kapal auxiliary Bunga Mas 5 yang melaksanakan enam operasi yang sama berjaya mengiringi 172 kapal," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran dan pengoperasian kapal auxiliary Bunga Mas 6, di Limbungan Malaysia Marine and Heavy Engineering (MMHE), di sini, semalam.

:Menurutnya, sejak kapal Bunga Mas 5 melaksanakan Ops Fajar, tiada insiden penawanan lanun terhadap kapal Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) dilaporkan kecuali insiden yang hampir berlaku ke atas kapal MT Bunga Laurel.

"Kejayaan paling membanggakan sepanjang Ops Fajar adalah menerusi kejayaan Bunga Mas 5 yang menyelamatkan kapal Mt Bunga Laurel daripada menjadi tawanan lanun pada 21 Januari lepas," katanya.

Mengulas mengenai pelancaran kapal Bunga Mas 6, Abdul Aziz berkata, kapal dagang yang diubahsuai dengan dilengkapi peralatan keselamatan itu dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung kapal Bunga Mas 5 kerana telah menjalankan enam Ops Fajar sejak 21 Jun 2009 sehingga sekarang.

Katanya, kapal Bunga Mas 6 yang akan menyertai operasi di Teluk Aden pertengahan bulan ini juga dapat meneruskan kesinambungan tugas mengiringi kapal-kapal yang berkepentingan apabila terdapat keperluan kapal Bunga Mas 5 melakukan ulang bekal di pelabuhan atau pulang ke tanah air.

Menurut Abdul Aziz, kapal Bunga Mas 6 dianggotai anak-anak kapal MISC yang diserap sebagai anggota Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM) dan anggota tetap pasukan Angkatan Tentera Malaysia.

"Pelancaran kapal auxiliary kedua ini adalah satu manifestasi kepada hubungan tentera dan awam dalam sama-sama :men�yokong usaha ke arah :keamanan dan kestabilan sejagat. Setelah kapal Bunga Mas 5, kini Bunga Mas 6 pula diubahsuai dan disediakan sebagai platform yang sesuai untuk melaksanakan operasi ketenteraan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved