Sabtu, 6 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Tidak naik

Posted: 05 Aug 2011 05:00 PM PDT

Tidak naik JOHOR BAHRU – Barangan keperluan di negeri ini dijangka mencukupi untuk kegunaan sepanjang Ramadan termasuk ketika menjelang hari raya malah harga barangan juga masih terkawal dan tidak berlaku kenaikan ketara.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri, Che Halim Abd Rahman berkata, pihaknya masih belum menerima laporan berkenaan kekurangan bekalan barangan keperluan termasuk kenaikan harga.

"Situasi berkenaan dijangka berkekalan sehingga Hari Raya, malah beberapa pegawai turut ditugaskan melakukan pemantauan di setiap daerah dalam memastikan peniaga mematuhi peraturan demi menjaga kepentingan pengguna," katanya.

Orang ramai juga dinasihatkan berwaspada ketika berbelanja khususnya tawaran jualan murah, dikhuatiri ianya hanya taktik peniaga tidak bertanggungjawab untuk mengaut untung lebih-lebih lagi ketika musim perayaan.

"Jika mempunyai sebarang aduan berhubung kekurangan bekalan barangan keperluan termasuk kenaikan harga barangan kawalan, orang ramai boleh menghubungi talian 1800-88-6800," katanya ketika ditemui di Pasar Larkin Sentral semasa membuat tinjauan, di sini, semalam.

Sementara itu, peniaga daging lembu, Masnan Masran, 69, berkata, bekalan daging lembu tempatan yang dijualnya meningkat 30 peratus ketika bulan Ramadan disebabkan permintaan tinggi daripada pelanggan.

"Permintaan biasanya akan meningkat bagi tempoh seminggu menjelang hari raya sehingga tiga kali ganda berbanding tiga minggu pertama Ramadan namun harganya kekal iaitu RM22 sekilogram bagi daging lembu tempatan dan RM12 sekilogram untuk daging kerbau import," katanya.

Bagi peniaga ayam, Shafie Yahya berkata, harga ayam masih kekal pada paras RM7.50 dan tidak berlaku kenaikan harga berikutan bekalannya masih mencukupi.

"Kebiasaannya harga ayam sukar untuk diramal kerana ia bergantung kepada bekalan yang kami perolehi daripada pembekal di Gelang Patah dan Yong Peng. Bagaimanapun bagi tempoh minggu pertama Ramadan harga daging ayam masih kekal seperti bulan-bulan sebelumnya," katanya.

Peniaga santan, Saliha Misnon berkata, bagi menangani masalah kekurangan bekalan kelapa, beliau mengambil inisiatif dengan memperuntukkan stok supaya ianya mencukupi memandangkan permintaan yang bertambah.

Menurutnya, harga kelapa parut sebiji yang dijualnya ialah RM1.80, manakala kelapa parut sekilogram RM6, santan kelapa RM1.80 sebiji sementara sekilogram santan kelapa dijual pada harga RM8.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved