Isnin, 1 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Tegang lagi

Posted: 31 Jul 2011 05:00 PM PDT

Tegang lagi JOHOR BAHRU - Suasana tenang pekarangan luar Plaza Angsana, di sini, bertukar menjadi sesak dan riuh apabila lebih 100 pemandu teksi yang menggunakan meter berhimpun sambil menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap sistem bertiket atau berkupon diguna pakai di pusat membeli belah berkenaan.

Sekitar jam 3 petang, pemandu teksi bermeter berdiri di tempat menunggu teksi seterusnya berdiri di hadapan pondok kaunter sistem teksi bertiket membantah operasi hentian itu.

Kesemua pemandu teksi terbabit melaungkan protes dan rasa tidak bersetuju dengan penggunaan sistem berkenaan sekali gus menggesa campur tangan kerajaan untuk menyelesaikan isu terbabit secepat mungkin.

Malah ada di antara mereka menggesa pondok kaunter sistem teksi bertiket untuk ditutup berkuat kuasa semalam juga selain meminta orang ramai yang mahu mendapatkan perkhidmatan pengangkutan itu tidak membeli tiket atau kupon, sebaliknya menggunakan teksi bermeter.

Pemandu teksi bermeter terbabit mendakwa sistem bertiket yang diguna pakai sekadar hanya untuk menguntungkan syarikat pengendali hentian berkenaan susulan daripada bayaran RM2 dikenakan ke atas setiap penumpang.

Mereka mendakwa pemandu teksi yang bernaung di bawah sistem bertiket hanya mendapat bayaran daripada kadar sudah ditetapkan oleh syarikat pengendali selain bayaran tambang dikenakan tidak berpandukan meter dan hanya merugikan sahaja.

Sehingga kini, tiga lokasi tumpuan awam menggunakan sistem teksi bertiket kepada penumpang iaitu di Plaza Angsana, Terminal Larkin dan JB Sentral.

Kamsin Mohamad, 48, berkata, penggunaan sistem itu menyebabkan perolehan pemandu teksi makin berkurangan.

"Sebelum ini penumpang hanya perlu membayar mengikut nilai yang tertera pada bacaan meter teksi dinaiki, namun apabila sistem tiket dilaksanakan, mereka terpaksa bayar lebih RM2 yang diambil syarikat itu.

"Sedangkan pemandu teksi pula mengalami kerugian jika melibatkan perjalanan melebihi kadar bacaan meter kerana tambang sudah ditetapkan dan dibayar sebelum penumpang naik.

"Sekiranya dahulu saya boleh meraih pendapatan lebih RM2,400 sebulan, kini oleh kerana enggan mengikut sistem bertiket menyebabkan saya sekadar memperoleh sekitar RM1,600 sahaja," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Bagi Abd Halim Ibrahim, 45, tindakan syarikat yang mengendalikan sistem teksi bertiket terbabit sebagai mengelirukan dan menyusahkan rakyat.

Terdahulu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Wilayah Selatan dalam akhbar ini ada mengeluarkan kenyataan memberitahu pihaknya hanya menyokong permohonan syarikat yang hendak memperkenalkan sistem hentian bertiket berkenaan.

Malah SPAD turut menyatakan akan menjalankan siasatan terhadap isu bantahan dibangkitkan untuk memastikan semua pihak mendapat keadilan walaupun pihak itu membenarkan syarikat pengendali melaksanakan sistem berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved