Jumaat, 29 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Tindakan polis lepaskan tahanan darurat adalah strategik

Posted: 28 Jul 2011 05:00 PM PDT

Tindakan polis lepaskan tahanan darurat adalah strategik

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam blognya amat mengalukan pembebasan enam tahanan di bawah Ordinan Darurat oleh pihak polis, semalam.

Menurutnya, kenyataan pihak polis bahawa pembebasan ini tidak bermakna penyiasatan terhadap mereka akan dihentikan, namun apabila penyiasatan selesai, pihak polis akan menyerahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

"Sebenarnya,tindakan polis ini adalah tindakan yang bersifat "strategik". Walaupun dibebas, pihak Polis berjanji akan meneruskan siasatan mereka dan akan terus memantau pergerakan serta kegiatan tahanan tersebut.

"Mungkin kepada pihak polis tahanan tersebut tidak lagi perlu diklasifikasikan sebagai pengancam keselamatan kepada negara yang memerlukan penahanan. Polis merasakan mereka boleh mengambil risiko itu setelah melihat dan menilai beberapa faktor sampingan.

"Dari pengamatan saya semasa membaca kenyataan yang dibuat oleh polis, mereka masih berpendapat bahawa ancaman itu masih ada, cuma apabila melihat keadaan politik negara yang tidak menentu dan jika enam tahanan itu masih ditahan untuk siasatan lanjut.

" ini akan hanya memberi peluang untuk sesetangah pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan mengapi-apikan perasaan keresahan di kalangan rakyat dan hanya akan membuatkan senario keadaan politik negara lebih bercelaru dan tidak menguntungkan negara," katanya.

Beliau berkata, pembebasan ini adalah tindakan yang tepat pihak polis agar ia tidak dijadikan modal polemik politik yang tidak berkesudahan pihak tertentu sambil menghasut segelintir rakyat di negara ini.

Walaubagaimanapun, menurutnya, jika siasatan dibuat dan bukti masih tidak mencukupi, pihak polis perlu melepaskan mereka daripada tuduhan yang dibuat dengan cara ini, negara akan pulih kesan perarakan Bersih 2.0 yang diadakan, baru-baru ini.

Sumber daripada blog Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Fahaman UMNO lebih bahaya daripada Wahabi?

Posted: 28 Jul 2011 05:00 PM PDT

Fahaman UMNO lebih bahaya daripada Wahabi?

Keghairahan UMNO melalui agensi Majis Keselamatan Negara (MKN) membuat tuduhan mengaitkan Wahabi dengan pengganas bukanlah sesuatu yang baik untuk negara.

Wahabi yang diasaskan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab mempunyai perbezaan dalam perkara furu', bukan soal penafian prinsip Islam.

Kerana itu, ia diterima dan dianuti oleh kerajaan Arab Saudi dan beberapa negara lain. Arab Saudi, sekurang-kurangnya telah melaksanakan hukum hudud, Qisas dan Takzir, akan tetapi Malaysia masih terkial-kial mencari formula mengatasi masalah jenayah dalam negara.

UMNO dalam sejarahnya pernah mengeluarkan kenyataan yang menghina hukum syarak, memperlekehkan sunnah nabi, menganggap negara akan mundur kalau melaksanakan Islam, bahkan lebih teruk dari itu, ada sebilangan pemimpin UMNO pernah menanggap politik suku agama suku.

Fahaman sekular yang dianuti oleh sebahagian pimpinan tertinggi menyebabkan Islam hanya ditadbir sebagai satu jabatan, bukan sebagai satu sistem kehidupan manusia.

Bukankah ini bukti fahaman UMNO yang berdasar sistem pragmatisme sebenarnya jauh lebih bahaya dari Wahabi?

Tuduhan mengaitkan beberapa tokoh agama dengan pengganas bukanlah perkara baru, bahkan ianya selaras dengan anggapan Amerika Syarikat terhadap gerakan Islam. Cuma yang agak menghairankan bilamana ulamak Muda UMNO juga tergolong senarai pengganas.

Apakah Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengenakan mereka di bawah Ordinan darurat, sebagaimana nasib enam aktivitis PSM yang sehingga kini rakyat tidak tahu apa jenis ancaman yang mereka bawa kerana menyokong Bersih 2.0? Kerana kalau benar ulama muda Umno ini ada kaitan dengan pengganas, bukankah ia sudah pasti menjadi ancaman kepada keselamatan negara?

Sehubungan itu, saya bersetuju dengan pandangan bekas mufti, Dr Asri Zainul Abidin agar 40 ulama muda UMNO ini menyemak kembali penyertaan mereka dalam UMNO.

Tidak terfikirkah bahawa apabila ulamak UMNO pun dicop sebagai pengganas, bukankah ini bermaksud pemimpin mereka lebih hebat lagi?.

Tapi, apa yang hairannya, inilah Umno. Bagi mereka, kerja lanun merompak wang negara dengan membunuh karear politik musuh dalaman atau luaran mereka adalah satu kerja yang halal dan wajib dilaksanakan asalkan kuasa politik mereka terjaga.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan Pas Pusat

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved