Isnin, 25 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Penuduh Strauss-Kahn buka mulut

Posted: 24 Jul 2011 05:00 PM PDT

Penuduh Strauss-Kahn buka mulut NEW YORK - Wanita warga Afrika yang sebelum ini menuduh bekas ketua Tabung Kewangan Antabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn melakukan serangan seksual terhadapnya pada Mei lalu mendedahkan perkara sebenar di dalam majalah Newsweek, kelmarin.

"Saya mahu Strauss-Kahn dipenjarakan supaya keadilan dapat ditegakkan. Saya mahu dia tahu, tidak semua perkara boleh dibeli dengan menggunakan kuasa atau wang," menurut penuduh, Nafissatou Diallo, 32, dalam sesi temu bual pertamanya bersama media.

Dia turut menyatakan rasa sedih kerana selepas perbicaraan lepas yang berpihak kepada Strauss-Kahn, ramai orang mula menggelarnya sebagai pelacur.

"Saya bercakap benar dan Tuhan menjadi saksi apa yang sebenarnya berlaku antara kami," katanya lagi.

Pekerja hotel Sofitel itu dijangka akan muncul dalam rancangan stesen televisyen ABC, Good Morning America seminggu sebelum perbicaraan seterusnya melibatkan tujuh pertuduhan terhadap Strauss-Kahn berhubung kes serangan seksual dan cubaan merogolnya di sebuah suite di Manhattan pada 1 Ogos depan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

70 peratus sokong cadangan PM Jepun

Posted: 24 Jul 2011 05:00 PM PDT

70 peratus sokong cadangan PM Jepun TOKYO - Sebanyak 70 peratus penduduk Jepun menyokong dasar yang dicadangkan oleh Perdana Menteri, Naoto Kan untuk menjadikan negara itu bebas penggunaan tenaga nuklear pada masa hadapan, menurut satu tinjauan, kelmarin.

Bagaimanapun, tinjauan itu juga mendapati 67 peratus responden tetap mahu beliau meletak jawatan.

Awal bulan ini, Kan mengemukakan cadangan supaya Jepun mengurangkan kebergantungan terhadap sumber tenaga nuklear selepas kejadian bencana berganda 11 Mac lalu yang telah mencetuskan krisis nuklear terburuk dalam tempoh 25 tahun.

Beliau turut mencadangkan penggunaan tenaga bersih baru yang lebih selamat untuk digunakan secara meluas oleh negara pengeksport sumber tenaga terbesar di dunia.

Dalam satu kenyataan lain, parlimen semalam meluluskan bajet tambahan untuk bantuan bencana berganda berjumlah 2 trilion yen (RM74 bilion) untuk menanggung kos pemulihan infrastruktur dan pembinaan semula di wilayah terjejas teruk pada skala yang lebih besar.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved