Khamis, 21 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pelajar reka Ferrari

Posted: 20 Jul 2011 05:00 PM PDT

Pelajar reka Ferrari MARANELLO - Tiga pelajar Korea Selatan, memenangi peluang sekali seumur hidup untuk membantu mereka bentuk kereta mewah Ferrari.

Pelajar dari Universiti Hongik di Seoul itu, mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Rekaan Ferrari Dunia 2011, selepas berjaya dalam menyahut cabaran pengeluar kereta hebat itu untuk membayangkan bagaimana reka bentuk Ferrari pada masa hadapan.

Rekaan digelar Eternity itu, adalah cetusan idea hebat Kim Cheong Ju, Ahn Dre dan Lee Sahngseok.

Sebanyak 400 penyertaan oleh pelajar daripada 50 sekolah reka cipta dan universiti di seluruh dunia berentap dalam pertandingan itu.

Australia rampas keuntungan banduan

Posted: 20 Jul 2011 05:00 PM PDT

Australia rampas keuntungan banduan SYDNEY - Pihak pendakwa raya Australia semalam memulakan tindakan undang-undang untuk merampas keuntungan penjualan buku hasil tulisan seorang banduan di penjara tentera Teluk Guantanamo, Cuba.

Buku tulisan David Hicks berjudul Guantanamo, My Journey itu diterbitkan tahun lalu, berdasarkan pengalamannya di pusat tahanan itu selama enam tahun dari 2001 hingga 2007.

Mengikut undang-undang Australia, seseorang individu tidak berhak memperoleh bayaran daripada kes jenayah sekali gus menghalang penjenayah mengumpul keuntungan dengan menulis mengenai kesalahan mereka.

Jualan buku itu dilaporkan, mendapat sambutan hangat di Australia dan telah dijual melebihi 30,000 naskhah.

Hicks menjadi individu pertama disabitkan bersalah oleh tribunal jenayah perang Amerika Syarikat kerana menyokong kegiatan pengganas selepas ditahan di Afghanistan pada penghujung 2001.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved