Sabtu, 16 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Memahami islam dengan baik

Posted: 15 Jul 2011 05:00 PM PDT

Memahami islam dengan baik

Kefahaman Islam yang sebenar adalah asas kemantapan perjuangan Islam. Ahli Pas mesti memahami agama dengan baik, supaya ia dapat memberi petunjuk kepada orang lain. Jika kita sendiri gagal untuk memahami Islam yang sebenar, maka kita sukar untuk mendekatkan manusia lain kepada perjuangan.

Sekurang-kurang mesti menguasai perkara asas bagi meyakinkan orang kepada perjuangan yang kita bawa, kerana perjuagan Pas bukan menjanjikan kebendaan sebaliknya menjanjikan perkara sam'iyat (yang tidak nampak).

Sekiranya kita gagal memahami perkasa asas bagaimana ia hendak menyampaikan fikrah perjuangan kepada masyarakat. Seperti pepatah Arab "Seorang yang faqir ia tidak boleh memberikan sesuatu"

Mereka mencari orang-orang agama yang boleh dijadikan kuda tunggangan supaya menghalalkan segala bentuk kezaliman dan perkara yang bertentangan dengan agama. Maka petugas Pas mesti menguasai ilmu ini sebagai benteng pertahanan untuk menangkis diayah ini.

Semuanya ini memerlukan keyakinan, tawakkal kepada Allah di samping ilmu pengetahuan. Tanpa senjata ini kita akan kecewa dan meraba-raba dalam menjalankan tugas yang berat ini.

Program untuk memahamkan masyarakat ini boleh dijalankan melalui dakwah 'ammah (umum) seperti kuliah, ceramah, muzakarah, risalah. Mesejnya jelas iaitu untuk memahamkan kepada mereka tentang Islam yang syumul bukan sahaja "Islam Hadhari" yang tidak bertolak daripada asas akidah.

Maka diharapkan kepada semua ahli menguasai ilmu secara berterusan dan tidak boleh berpada dengan apa yang ada sahaja.

Di zaman serba bermaklumat dan dunia tanpa sempadan maka penguasaan ilmu dan pemahaman agama yang mantap adalah asas. Zaman mu'tazilah moden yang pakai akal tanpa wahyu, rasioanal tanpa al-Quran, logik tanpa al-Sunnah. Maka da'i yang tegar dengan pegangan agama sahaja yang mampu untuk melawan kesesatan ini.

Oleh itu semua petugas di jalan Allah daripada semua peringkat samaada yang bergelar pemimpin sampai pengikut biasa hendaklah bersedia untuk mendalami ilmu agama untuk meyakinkan apa yang kita bawa.

Kita hendaklah berusaha daripada semasa kesemasa tanpa jemu. Kerana ilmu hari ini berkembang seperti kilat , sekiranya kita tidak bersedia untuk "up date" kita punya maklumat maka, akan tertinggal kebelakang

Semua ahli mesti bersedia untuk memenuhi majlis ilmu yang diadakan dimana sahaja, supaya kita dapat menjadi ahli Pas yang mempunyai nilai tambah.

Guru yang kita hendak menadah kitab biarlah mereka yang mursyid yakni guru yang boleh memberi petunjuk kepada perjuangan, bukan hanya berteori di dalam surau dan masjid sahaja.

Kita tidak mahu mereka hanya berteori dan tidak turun bergelomang dengan perjuangan yakni bersama meneroka medan dan kerja lapangan di dalam jamaah.

Minimum standard biarlah mereka ini membimbing kuliah dan menjadi naqib di dalam program Pas, kalau pun mereka tidak mahu berada di atas pentas Pas untuk berceramah.

Atau pun sekurangnya mereka ini memimpin cawangan dan terlibat dalam organ parti. Guru seperti inilah baru kita dapat melihat bagaimana ruh jihad akan menular kepada muridnya.


Dipetik daripada blog Idris Ahmad

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiga maut, tujuh cedera dalam kemalangan di KM305.5 Lebuhraya Utara Selatan

Posted: 15 Jul 2011 05:00 PM PDT

Tiga maut, tujuh cedera dalam kemalangan di KM305.5 Lebuhraya Utara Selatan

KUALA LUMPUR - Tiga orang maut iaitu seorang bapa dan anak lelakinya, maut setelah kenderaan yang mereka naiki terbabas dan melanggar tiang lampu di KM305.5 Lebuhraya Utara Selatan dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang Supt Abd Razak Elias berkata, tujuh lagi mangsa yang cedera parah turut menaiki kenderaan tersebut, dipercayai dalam perjalanan dari arah Sungai Besi menuju ke Seremban.

Menurutnya, Zulkifle Zainul, 29 dan anaknya Mohd Adam Danis yang berusia dua tahun bersama seorang lagi individu yang belum dikenal pasti meninggal dunia di tempat kejadian.

"Kenderaan itu dinaiki seramai 10 orang, dan mereka yang cedera parah kini dirawat di Hospital Serdang," katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved