Khamis, 21 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Rakyat kurang tahu hak undang-undang

Posted: 20 Jul 2011 05:00 PM PDT

Rakyat kurang tahu hak undang-undang KUALA LUMPUR – Masih ramai rakyat di negara ini yang kurang mengetahui tentang hak dalam peruntukan undang-undang dan perkara ini perlu dijelaskan kepada mereka dengan sebaiknya.

Pengerusi SukaGuam, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, keadaan itu berlaku disebabkan akses kepada undang-undang terhad khususnya masyarakat luar bandar.

Katanya, ini juga disebabkan penempatan masyarakat di kawasan pendalaman dan wujudnya persepsi mengenai khidmat peguam itu mahal.

"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana ilmu undang-undang adalah asas keperluan supaya mendapat keadilan dalam kehidupan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Justeru katanya, kurang pengetahuan dalam undang-undang menyebabkan pelbagai permasalahan dalam masyarakat tidak diselesaikan melibatkan nafkah, wasiat, perkahwinan, penindasan pekerja, penipuan komersial dan lain-lain.

"Nasihat awal oleh peguam penting untuk mengelakkan prasangka terhadap sistem keadilan kerana kebanyakan pengadu mempunyai prejudis dengan menyalahkan sistem kehakiman yang tidak adil, berat sebelah dan caj peguam mahal.

"Setelah bertemu peguam kali pertama, mereka akan berasa lega dan mempunyai keyakinan untuk menang kes dengan bayaran minimum yang ditawarkan oleh SukaGuam," katanya.

Katanya, SukaGuam dilaksanakan untuk mendekati dan membantu mereka yang memerlukan dengan memberi nasihat perundangan secara percuma.

"Kini kami yakin, kira-kira 50 peratus rakyat mempunyai kesedaran mengenai hak dalam peruntukan undang-undang untuk berdepan dengan pihak yang melakukan penindasan terhadap mereka selepas menyertai program SukaGuam," katanya.

Khairul berkata, kira-kira 600 kes mengenai sivil dan syariah berjaya dibongkar oleh SukaGuam dalam siri pertama program yang berlangsung dari 14 April hingga 16 Julai lalu.

Beliau turut mengulas jelajah SukaGuam siri kedua akan bermula Oktober depan di Johor dan Pulau Pinang.

"Kita mungkin akan berada di pedalaman kerana percaya kawasan tersebut mempunyai keperluan untuk mendapatkan khidmat kami," katanya.

SukaGuam menawarkan khidmat nasihat dan rundingan berkaitan undang-undang sivil dan syariah secara percuma kepada semua peringkat masyarakat yang merangkumi isu perkahwinan, perceraian, nafkah, wasiat, harta pusaka, pembelian hartanah dan lain-lain.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Perak mansuh lesen Bazar Ramadan

Posted: 20 Jul 2011 05:00 PM PDT

Perak mansuh lesen Bazar Ramadan IPOH - Sempena Ramadan tidak lama lagi, Kerajaan Negeri memberi pengecualian lesen kepada golongan peniaga di Bazar Ramadan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pengecualian itu dibuat bagi memberi kemudahan selain menggalakkan umat Islam menjalankan pelbagai jenis perniagaan di Bazar Ramadan sempena bulan mulia itu.

Menurutnya, pengecualian berkenaan juga melibatkan jumlah pendapatan keseluruhan bagi semua 15 Majlis Daerah serta Majlis Perbandaran di seluruh negeri berjumlah RM804,503.

"Kita bakal kehilangan lebih RM800,000. Bagaimanapun, ianya berita gembira untuk golongan peniaga khususnya peniaga Islam kerana mereka boleh menjalankan perniagaan.

"Di peringkat majlis, perkara ini satu amalan mulia sempena menyambut ketibaan Ramadan," katanya kepada pemberita.

Zambry berkata demikian setelah mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di sini, semalam.

Hadir sama, Exco Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Terdahulu, Zambry berkata Kerajaan Negeri juga bakal mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan Teknologi Maklumat (ICT) di beberapa kawasan di sekitar negeri.

Menurutnya, antara kawasan berkenaan tersebut adalah di sekitar kawasan perindustrian di Tanjung Malim yang dilaporkan kurang mendapat frekuensi liputan yang baik dan sering terganggu.

"Ini antara antara perkara yang ditimbulkan dalam mesyuarat pada hari ini iaitu lebih kepada kerja-kerja pembaikan dengan menjadikan kawasan perindustrian ini lebih menarik khususnya kepada pelabur.

"Ia juga merangkumi beberapa kemudahan lain seperti dalam konteks Daerah Manjung, ada syarikat antarabangsa yang telah beroperasi di situ mahukan kawasan berkenaan lebih bersih dan terpelihara bagi memastikan mereka dapat terus menetap di negeri ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved