Selasa, 19 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


UMNO guna politik kampung: Nik Aziz

Posted: 18 Jul 2011 05:00 PM PDT

UMNO guna politik kampung: Nik Aziz KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa UMNO guna kaedah politik kampung ketika mengkritik tindakan Kerajaan Kedah menguatkuasakan enakmen hiburan di negeri itu.

Menteri Besar Kelantan itu menyalahkan media miliki UMNO yang didakwa terus hentam Pas dan melaga-lagakan di antara pimpinan Pakatan Rakyat (PR) .

"Saya kira UMNO sudah lupa mereka sendiri yang meluluskan Enakmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang mana di dalam Jadual C, muka surat 150 dinyatakan dengan jelas.

"UMNO sudah lupa pada 1997, mereka masih lagi menjadi kerajaan di Kedah dan sehingga tahun 2011 ia baru dikuatkuasakan di bawah pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Nik Aziz terima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kerana sakit perut.


Dapatkan berita selanjut di akhbar Sinar Harian

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

NGO sokong Mufti Perak, MB Kedah

Posted: 18 Jul 2011 05:00 PM PDT

NGO sokong Mufti Perak, MB Kedah IPOH - Pertubuhan Kebajikan Wawasan Kesejahteraan Insan Perak (Wawasan) mengalu-alukan serta menyokong penuh pendirian Kerajaan Negeri Kedah yang ingin menguatkuasakan larangan hiburan di negeri itu sepanjang Ramadan.

Presidennya, Fauzi Muda berkata, sebagai sebuah negara yang mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi, tindakan itu amat wajar dan perlu diterima dan disokong oleh semua pihak sama ada orang Islam atau yang bukan Islam.

Beliau berkata, bagaimana pun, pihaknya amat terkilan kerana ada dalam kalangan ahli dan pemimpin politik telah menjadikan isu larangan itu sebagai isu politik dan sanggup menentang tindakan Kerajaan Kedah hanya untuk kepentingan politik dan kepentingan agama masing-masing yang seolah-olah ingin menentang hukum Islam di negara ini.

"Kepada mereka yang menentang keputusan Kerajaan Negeri Kedah dalam isu ini harus melihat diri mereka terlebih dahulu. Di mana mereka berpijak dan apa yang perlu mereka junjung. Malaysia adalah sebuah Negara Islam dan Yang di-Pertuan Agong adalah tonggak negara dan agama.

"Begitu juga di negeri-negeri yang mempunyai Raja-Raja Melayu. Ini adalah bukti jelas bahawa Islam perlu dihormati dan didahulukan oleh setiap warganegara," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Fauzi berkata, tindakan beberapa parti politik dan individu yang menentang keputusan Kerajaan Negeri Kedah itu adalah satu penghinaan yang amat dahsyat kepada Islam dan bulan Ramadan.

Dalam pada itu, beliau memuji pendirian Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menyokong langkah kerajaan Kedah dalam isu itu dan menggesa tokoh agama itu menasihati Kerajaan Negeri supaya segera membuat keputusan yang sama dengan melarang semua pusat-pusat hiburan yang ada di negeri ini daripada beroperasi sepanjang bulan Ramadan.

"Kita jangan berani memuji orang lain, tetapi di dalam rumah kita sendiri kita takut untuk menegur dan memberi nasihat sehingga membiarkan maksiat berleluasa di depan mata di seluruh negeri ini.

"Tak perlulah kerajaan atau pihak Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) terpaksa bekerja keras untuk menubuhkan Skuad Khas yang dicadangkan oleh Kapten (B) Datuk Mohd Najmuddin Elias selaku Penasihat Menteri besar untuk memantau siang malam aktiviti maksiat dan salah laku umat Islam di sepanjang Ramadan ini," tambahnya.

Beliau berpendapat penubuhan Skuad Khas yang dicadangkan itu sebagai membazirkan wang kerajaan dan membuang masa penguat kuasa yang ditugaskan.

Beliau berkata, Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1997 boleh diguna pakai oleh kerajaan dan pihak berkuasa tempatan untuk melaksanakan langkah ber��ke�naan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved