Ahad, 17 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiga rumah teres setingkat hangus

Posted: 16 Jul 2011 05:00 PM PDT

Tiga rumah teres setingkat hangus PETALING JAYA - Tiga rumah teres setingkat musnah dalam kebakaran melibatkan kerugian kira-kira RM400,000 di Jalan 14/3, Seksyen 14, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, pasukan bomba dan penyelamat menerima panggilan daripada orang awam bergegas ke lokasi kejadian dengan dua jentera dari Balai Seksyen 7 dan Balai Jalan Penchala.

Ketua balainya, Esa Aini berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengawal api daripada terus merebak.

Bagaimanapun, api berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira jam 12.10 tengah hari.

"Kebakaran bermula dari rumah tengah sebelum merebak ke rumah sebelah kiri dan kanan.

Menurutnya, pihaknya belum dapat mengenal pasti punca kejadian, tetapi pasukan unit forensik sedang menyia-sat punca kebakaran berkenaan.

Esa berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana ketika kejadian penghuni sempat menyelamatkan diri.

Wanita hamil lapan bulan maut

Posted: 16 Jul 2011 05:00 PM PDT

Wanita hamil lapan bulan maut KULIM - Seorang wanita yang sarat mengandung maut manakala suami dan pembantunya cedera apabila kederaan yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan lori pasir di persimpangan lampu isyarat Taman Selasih di sini, kira-kira jam 11.45 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, Shalini Mohd Yusof, 26, mati di tempat kejadian, manakala suaminya Norhusaini Normadi, 26, dan pembantunya Hamdan Abdullah, 61, cedera parah dan dirawat di Hospital Kulim.

Kejadian berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dipandu Norhusaini dirempuh sebuah lori pasir ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat.

"Tayar lori pasir yang datang dari Taman Angsana itu meletup sebaik tiba di selekoh Taman Selasih mengakibatkan lori terbabit hilang kawalan lalu merempuh kenderaan mangsa.

"Kejadian itu menyebabkan pasir yang dibawa lori terbabit tumpah di atas jalan raya lalu menimbus Toyota Hilux itu," katanya, semalam.

Difahamkan, ketiga-tiganya dalam perjalanan ke masjid Junjung untuk menghantar makanan.

"Jentolak digunakan untuk mengangkat lori yang menghempap kenderaan terbabit.

"Pasukan bomba terpaksa memotong bumbung kereta itu untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di tempat duduk belakang dan berada dalam keadaan tertiarap serta ditimbus pasir," katanya.

Berdasarkan pemeriksaan awal, mangsa yang hamil lapan bulan maut kerana mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Lebih menyedihkan, bayi dalam kandungannya juga gagal diselamatkan.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.

Ghuzlan berkata, polis akan menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved