Isnin, 25 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Kerajaan perlukan masa

Posted: 24 Jul 2011 05:00 PM PDT

Kerajaan perlukan masa IPOH - Kerajaan perlu sedikit masa bagi bantu bangunkan ekonomi Bumiputera bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) kerana ia perlukan dasar penstrukturan ekonomi dari lama kepada baru.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, ia bukan satu proses yang boleh berjalan dengan mudah.

"Dalam konteks bantu Bumiputera kita kenal pasti syarikat sedia ada bantu mereka jadi syarikat besar dan berdaya saing," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pasar Baru Kampung Manjoi di sini semalam.

Beliau mengulas dakwaan Majlis Perundingan Ekonomi Melayu (Mapem), bahawa Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) tidak agresif melaksanakan agenda Bumiputera dalam ETP.

Katanya, sesuatu perniagaan tidak boleh dilaksanakan dalam masa yang singkat kerana ia memerlukan masa yang panjang kerana konsep perniagaan adalah mengenai nilai tambah dan perlu mempunyai pasaran.

Katanya, tambahan pula dalam tempoh berkenaan, bukan mudah lahirkan golongan korporat Bumiputera termasuk usahawan yang mampu bersaing dalam pasaran domestik dan global.

"Faktor penubuhan Teraju yang baru berusia enam bulan perlu diambil kira...justeru itu Mapem seharusnya memberikan kerajaan dan Teraju sedikit masa bagi melaksanakan program tersebut," katanya.

Beliau berkata, bagi mencapai matlamat itu, kerajaan menerusi Teraju telah mengadakan kajian struktur bagi mengenal pasti kedudukan Bumiputera dalam bidang perniagaan dengan keupayaan bersaing.

Katanya, kerajaan juga menubuhkan makmal bagi mengenal pasti beberapa bidang tertentu di mana Bumiputera boleh berdaya maju. - Bernama.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Makan bersila bersama PM

Posted: 24 Jul 2011 05:00 PM PDT

Makan bersila bersama PM ALOR SETAR - Makan tengah hari secara bersila bersama Perdana Menteri antara acara kemuncak yang dinanti-nantikan rakyat Kedah, Khamis ini.

Acara makan tengah hari dengan masakan kampung itu akan diadakan pada program Kenduri Rakyat di Padang Awam Guar Chempedak, yang merupakan sebahagian acara yang disusun sempena lawatan sehari Datuk Seri Najib Tun Razak ke Kedah.

Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, Perdana Menteri dijadual memulakan lawatan rasminya itu dengan melawat Masjid Taman Wira Mergong, yang meminta peruntukan kerajaan pusat sebanyak RM1.2 juta bagi pembesaran masjid itu.

"Selepas itu, beliau akan bertemu orang ramai di tapak Pasar Tani Taman Wira, terletak berdekatan masjid itu dan bersarapan bersama pengunjung di gerai yang di pasar tani itu," katanya.

Menurutnya, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) turut mengadakan pasar tani mega di Taman Wira selama tiga hari berturut-turut mulai Rabu ini, sempena sambutan ketibaan Ramadan.

Ahmad Bashah berkata, Najib kemudiannya akan bertemu masyarakat Cina di Sekolah Menengah Keat Hwa, Jalan Kuala Kedah bagi meraikan sambutan 100 tahun penubuhan sekolah itu.

Seterusnya, Perdana Menteri akan menghadiri majlis Kenduri Rakyat di Padang Awam Guar Chempedak di mana kesemua hadirin akan menjamu selera dengan duduk bersila ketika majlis berlangsung.

"Semua akan makan secara bersila, termasuk Perdana Menteri. Kita juga akan buat satu gimik dengan menaikkan kain rentang gergasi Barisan Nasional," katanya.

Pada sebelah petang pula, Perdana Menteri menghadiri majlis perjumpaan dengan 10,000 belia di Stadium Mini Pendang, diikuti pertemuan dengan rakan facebook di Hotel Holiday Villa Alor Setar.

Sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur, beliau dijadual hadir pada jamuan makan malam bersama 3,000 orang di Dewan Wawasan Jitra.

"Orang ramai dijemput hadir memeriahkan mana-mana acara bersama Perdana Menteri untuk menunjukkan sokongan terhadap kepimpinan beliau," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved