Jumaat, 22 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Digi ingin kekal momentum pertumbuhan

Posted: 21 Jul 2011 05:00 PM PDT

Digi ingin kekal momentum pertumbuhan DiGi . Com Bhd (Digi) akan terus mengekalkan momentum pertumbuhannya dengan prestasi jitu dalam segmen data dan suara dipacu oleh peningkatan penggunaan dan asas langganan yang lebih besar, mencecah 9.3 juta.

Dalam satu kenyataan medianya, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Henrik Clausen berkata, fokus syarikat bagi memacu saranan "Internet bagi Semua" telah membantu memacu pertumbuhan datanya yang kukuh.

"Usaha untuk mewujudkan tarikan media sosial melalui inovasi seperti "Opera Mini" dan "Facebook Zero", peningkatan barisan telefon pintar kami, bersama-sama dengan usaha pintar yang lain, telah merangsang langganan," katanya.

Clausen berkata, Digi kini mempunyai lebih 5.3 juta pelanggan jalur lebar mudah alih dan Internet mudah alih.

Menurutnya, Digi akan memberi keutamaan kepada inisiatif permodenan rangkaian dan kerjasama serta fokus pada kos, sebagai satu pembinaan jangka panjang yang diperlukan bagi mengekalkan pertumbuhan dan menyediakan jalur lebar mudah alih dan Internet mudah alihnya yang kukuh.

"Kami mencatatkan kemajuan yang baik dalam dua bidang, iaitu inisiatif perkongsian infrastruktur dengan Celcom dan eksersais permodenan rangkaian," katanya.

Bagi suku tahun yang dikaji, keuntungan pracukai Digi merosot kepada RM325.28 juta daripada RM377.99 juta dalam tempoh sama sebelum ini.

Bagaimanapun, perolehan meningkat kepada RM1.46 bilion daripada RM1.33 bilion sebelum ini, yang disumbang oleh peningkatan 113 peratus oleh Internet mudah alih dan jalur lebar mudah alih.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

MAS tawar tambang serendah RM72

Posted: 21 Jul 2011 05:00 PM PDT

MAS tawar tambang serendah RM72

Malaysia Airlines (MAS) dan unit-unitnya akan menawarkan tambang udara eksklusif, pakej percutian dan produk berkaitan perjalanan di Maybank Treats Fair 2011 dari 21 hingga 24 Julai di Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur.        

Naib Presiden Eksekutif Bahagian Strategi Komersil MAS, Datuk Dr Amin Khan berkata, MAS akan menyediakan banyak lagi tawaran menarik bagi destinasi domestik dan serantau pada pameran itu.

"Tambang udara, tidak termasuk cukai dan caj lain, bermula daripada serendah RM72 sehala bagi sektor domestik dan daripada RM98 sehala bagi laluan serantau.

"Tempoh perjalanan bagi tambang-tambang udara ini adalah dari 28 Julai 2011 hingga 31 Mei 2012, bagi laluan serantau dan sehingga 31 Dis, 2011, bagi perjalanan domestik," katanya.

Beliau berkata, pelanggan yang tidak dapat mengunjungi pameran itu masih boleh mendapatkan tawaran ini di www.malaysiaairlines.com dan http://flymas.mobi dalam telefon mudah alih mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved