Isnin, 25 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Empat sahabat ke tali gantung

Posted: 24 Jul 2011 05:00 PM PDT

Empat sahabat ke tali gantung

ALOR SETAR-Mahkamah tinggi di sini semalam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas empat sahabat kerana mengedar 93,070 gram dadah jenis Kanabis empat tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Zaki Abdul Wahab membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan ke atas empat orang tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan dan disabitkan dengan kesalahan tersebut.

Mohd Sabri Ishak, 36, Muhamad Hasbi Baskaran Abdullah, 41, Jarry Saeddanee, 37, warga Thailand, dan Azizan Hamid, 45, ditahan oleh anggota polis yang menyamar sebagai pembeli di Bukit Kayu Hitam pada 20 Mei 2006.

Kesemua lelaki itu dituduh dengan niat bersama mengedar Kanabis seberat 93,070 gram di Jalan Taman Seri Temin, Bukit Kayu Hitam, kira-kira 7 pagi pada tarikh itu.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan dihukum menurut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Mohd Sabre bekerja di bahagian kargo sebuah lapangan terbang, Muhamad Hasbi merupakan pemandu lori dan kedua-duanya berasal dari Pulau Pinang manakala Azizan bekerja sebagai nelayan di Langkawi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Shuhada Mohd Yatim manakala Mohd Sabri, Muhammad Hasbi, Jaren dan Azizan masing-masing diwakili peguam RS Rayer, S Yagoo, Ali Munawar Razak dan Datuk Abdul Halim Said.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pembantu rumah mati dihentak, dicekik

Posted: 24 Jul 2011 05:00 PM PDT

Pembantu rumah mati dihentak, dicekik PETALING JAYA – Seorang pembantu rumah warga Filipina ditemui mati dengan kesan lebam, dipercayai dicekik, serta hentakan di belakang kepala dalam bilik tidur di tingkat bawah sebuah banglo di Jalan Gasing 5/50, di sini, malam kelmarin.

Mangsa berusia 36 tahun itu, difahamkan tinggal bersendirian ketika kejadian berlaku dipercayai sekitar jam 10 malam.

Majikan mangsa, seorang ahli perniagaan berusia 30-an bersama isteri dan dua anak mereka, keluar makan pada jam 7 malam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, kejadian disedari majikan mangsa yang pulang ke rumah kira-kira jam 11.45 malam.

Beliau berkata, mayat mangsa yang masih lengkap berpakaian ditemui dalam keadaan terbaring.

Katanya, selepas menerima laporan berhubung kejadian, sepasukan anggota polis dan unit forensik dihantar untuk siasatan.

"Siasatan awal dapati terdapat kesan lebam di leher mangsa dipercayai dicekik. Kita juga temui kesan luka akibat dihentak di belakang kepalanya.

"Pemeriksaan lanjut dapati tiada kesan pecah masuk dan hanya terdapat kesan pergelutan dalam bilik mangsa," katanya di lokasi kejadian, kelmarin.

Arjunaidi berkata, polis menolak kemungkinan mangsa disamun, berikutan tiada harta benda berharga yang dilaporkan hilang.

"Hanya ada barang penting dikesan hilang dan kita percaya, mangsa serta pembunuhnya mengenali satu sama lain," katanya.

Menurutnya, setakat ini, polis masih belum dapat mengenal pasti motif pembunuhan dan mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.

Katanya, mangsa menjadi pembantu rumah di banglo itu sejak sembilan tahun lalu.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved